Ronnie Hussien Tak Abai Anak Angkat Setelah Peroleh Zuriat

Diterbitkan: Selasa, 28 Jun 2016 5:27 AM

Perlahankan kerjaya seni pada Ramadan, Ronnie menjaga isteri dalam pantang.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Ronnie Hussien berjanji tidak akan membeza-bezakan kasih sayang dan sentiasa berlaku adil terhadap anak angkatnya iaitu Nur Eliana Farhana, 9, biarpun telah dikurniakan cahaya mata pada 14 Mei lalu.

Ronnie atau nama sebenarnya Shahron Hussien, 35, berkata, kanak-kanak perempuan itu berada bawah penjagaannya setelah diserahkan oleh seorang pekerja di restorannya kira-kira lima tahun lalu.

"Alhamdulillah sembilan tahun kami menunggu akhirnya saya dikurniakan anak sendiri pada 14 Mei lalu yang diberi nama Taisya Umaira.

"Secara jujurnya memang teruja kerana ini merupakan anak pertama kami, namun dalam kegembiraan itu saya tidak lupakan seorang anak angkat yang hidup bersama kami selama lima tahun ini," ujarnya kepada mStar Online.

Ronnie berkata, Nur Eliana Farhana yang dipanggil Farhana itu sudah dianggap seperti darah daging dan tanggungjawab yang perlu dipikul sehingga ke akhir hayat.

Katanya, kedua-dua ibu bapa kanak-kanak itu sudah meninggal dunia tiga tahun lalu dan meminta dia untuk membesarkan kanak-kanak berkenan dengan baik.

"Farhana sudah kehilangan ibu-bapa, ketika saya mengambilnya dia masih mempunyai bapa yang bekerja di restoran saya di Johor Bahru.

"Kemudian bapanya meminta saya menjaga Farhana kerana dia sedang bertarung dengan penyakit barah otak dan meninggal dunia tiga tahun lalu.

"Setiap tahun dia akan meminta saya untuk menziarahi kubur bapanya di Kuala Lumpur," ujar Ronnie.

Tambah Ronnie, dia tidak akan mensia-siakan amanah yang telah diberikan kepadanya selagi mampu.

Sementara itu, bercerita tentang Ramadan, Ronnie lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga dan membantu isterinya menguruskan anak di Johor.

"Bulan Ramadan ini saya banyak di Johor Bahru bersama isteri. Jadi saya ambil kesempatan ini untuk mengambil tawaran di sekitar Johor Bahru sahaja, sekurang-kurangnya saya boleh balik segera melihat dia dan anak-anak," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Ronnie Hussien

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan