YA1M Belanjakan RM40,000 Sumbangan Raya Artis Veteran - Berita Hiburan | mStar

YA1M Belanjakan RM40,000 Sumbangan Raya Artis Veteran

Diterbitkan: Isnin, 27 Jun 2016 4:30 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 20 artis veteran yang terdiri daripada pelakon, penyanyi dan pemuzik menerima sumbangan daripada Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M) sempena menyambut Aidilfitri.

Presidennya, Datuk DJ Dave, berkata, sumbangan tersebut bertujuan meringankan beban mereka menyambut perayaan yang bakal menjelma.

"Setiap perayaan YA1M akan memberi sumbangan sebanyak RM2,000 dan kad khairat selama setahun kepada artis-artis yang banyak menyumbangkan jasa mereka kepada industri hiburan tanah air.

"Bagi Aidilfitri kali ini, sebanyak RM40,000 telah disumbangkan kepada 20 orang artis yang terdiri daripada artis Melayu, Cina dan India bagi meringankan beban mereka untuk menyambut perayaan bakal menjelma," ujarnya.

DJ Dave ditemui pada sumbangan berkenaan di sini, malam Ahad.

Antara artis yang menerima sumbangan tersebut ialah Rohana Jalil, Delimawati, Zaibo, Mubarak Majid, Johari Teh, Mek Habsah, Megat Shamsudin dan Abon.

Sementara itu, tambah DJ Dave, misi dan objektif YA1M adalah memberi sumbangan kepada artis yang telah mencapai usia 60 tahun sekali seumur hidup.

"Pemberian ini merupakan satu matlamat dan misi YA1M sejak penubuhannya.

"Ia adalah bertujuan menjaga kebajikan dan memberi pembelaan kepada seluruh artis tempatan merangkumi penyanyi, pemuzik dan pelakon," ujarnya. 

Tags / Kata Kunci: YA1M , Datuk DJ Dave
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan