Projector Band Sangkal Bersikap Sombong Terhadap Artis Senior

Diterbitkan: Sabtu, 25 Jun 2016 5:30 AM

Projector Band menyangkal dakwaan bersikap sombong dengan artis senior.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Projector Band menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menuduh mereka bersikap sombong dengan beberapa artis senior.

Gitaris utama kumpulan itu, Razif atau dikenali sebagai Angah berkata, dakwaan tersebut tidak benar kerana sebagai artis baru yang sedang meningkat naik mereka harus menghormati artis senior.

"Kami sebenarnya bertegur dengan barisan artis-artis senior. Mungkin ada sesetengah pihak yang nampak kami tidak bertegur sehingga mereka mengatakan sebegitu.

"Mungkin juga di situ ada silap kami sehingga terlepas pandang untuk tegur mereka. Pada mulanya kami tidak bertegur tetapi akhirnya kami berborak dengan mereka," katanya kepada mStar Online.

Kumpulan Projector Band ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Map Music bersama Media di Hotel Parkroyal, Kuala Lumpur, di sini pada khamis lalu.

Terdahulu ada laporan mengatakan Projector Band tidak bertegur sapa dengan kumpulan muzik senior dalam satu sesi fotografi dan enggan berjabat tangan selepas diminta berbuat demikian.

Projector Band dianggotai oleh  Iskandar (Is) yang merupakan vokalis, Razif (Angah) - pemain gitar utama, Isnaidi (Edi) - gitar kedua, Ahmad Khusairi (Mat) - gitar bes dan Syafiq (Apit) - pemain dram.

Sementara itu, bercerita mengenai video muzik Sudah Ku Tahu yang mendapat pelbagai kritikan kerana penghasilannya dianggap terlalu murah berbanding populariti lagu berkenaan, Razif berkata, perkara tersebut merupakan pemintaan daripada pihak pengurusan.

"Sebenarnya video muzik itu sepatutunya dibuat berdasarkan lirik lagu tersebut tetapi  atas sebab-sebab tertentu kami terpaksa juga mengubah jalan penceritaannya.

"Disebabkan muzik video ini mempunyai penaja jadi kami perlu mematuhi dan mengikut kehendak yang mereka.

"Kami ingin memohon maaf kepada peminat yang kecewa dengan muzik video itu. Mungkin untuk single seterusnya kami akan buat yang terbaik supaya tidak menghampakan mereka," ujarnya.

Setakat ini muzik video mereka mendapat lebih 12 juta tontonan.

Tags / Kata Kunci: Projector Band

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan