Berkawan Dengan Ahli Perniagaan, Saida Belum Sedia Kahwin

Diterbitkan: Jumaat, 24 Jun 2016 5:33 AM

Saida masih belum bersedia untuk berkahwin buat kali kedua selepas rumah tangganya sebelum ini hancur.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Saida Tarudin mengakui kegagalan perkahwinan lalu membuatkannya lebih berhati-hati dan berfikir panjang sebelum mengambil keputusan untuk melayari alam rumah tangga buat kali kedua.

Saida atau nama sebenarnya Siti Norsaida Tarudin, 40, berkata, dia juga perlu mengambil kira perasaan anak-anak yang masih belum sedia menerima orang baharu dalam keluarga.

"Buat masa ini belum lagi ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga, saya hanya berkawan-kawan sahaja.

"Berkahwin sekali lagi bukan sesuatu yang mudah, saya perlu fikir panjang dan masak-masak dahulu.

"Selain memberi masa untuk anak-anak bersedia terima orang baru dalam hidup mereka," ujarnya kepada mStar Online.

Saida Tarudin belum ada rancangan berkahwin dalam masa terdekat.
Kakak kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza itu merupakan ibu tunggal dan mempunyai empat orang anak iaitu Siti Nurunnyssa, 19, Anas, 17, Khalid, 13, dan Siti Nurul Mashitah, 10.

Saida diminta mengulas tentang hubungan rapatnya dengan seorang ahli perniagaan.

Sementara itu, ditanya sejauh mana hubugan serius mereka, Saida akui kedua-dua belah keluarga sudah mengetahui tentang perkara itu.

Namun, lelaki tersebut turut memahami keadaan dan tidak pernah mendesak untuk segera berkahwin.

"Keluarga masing-masing tahu tentang kami dan mereka tiada halangan, cuma saya minta masa untuk betul-betul bersedia.

"Setakat ini memang tiada sebarang perancangan untuk mengikat hubungan itu," ujarnya.

Dalam pada itu, Saida berkata, dia mahu memberi perhatian sepenuhnya kepada anak-anak yang sedang membesar.

"Anak saya memerlukan perhatian saya lebih jika dibandingkan dengan perasaan saya untuk berkahwin.

"Saya tidak mahu pelajaran mereka terjejas terutama anak lelaki saya bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun ini," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Saida Tarudin

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan