Hikmah Di Sebalik Penyakit Paru-Paru Hafiz Hamidun

Diterbitkan: Jumaat, 24 Jun 2016 5:57 AM

Hafiz Hamidun

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Hafiz Hamidun berkata, ada hikmah tersembunyi di sebalik penyakit jangkitan kuman pada paru-parunya yang dialami ketika ini.

Hafiz, 32, berkata, dia kini menggunakan masa yang ada untuk berehat sepenuhnya daripada melakukan aktiviti seni dan perlu menjalani rawatan susulan di hospital.

"Saya rasa mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi kerana saya perlu berehat daripada melakukan kerja pada bulan Ramadan ini.

"Sebelum ini saya juga pernah terfikir untuk berehat seketika pada bulan puasa daripada melakukan sebarang aktiviti kerja dan kini saya sememangnya perlu banyak berehat serta menjalani rawatan susulan di hospital," katanya kepada mStar Online.

Hafiz ditemui pada majlis berbuka puasa bersama Sony Muzik, Celcom dan Arteffect International di Hotel Parkroyal, di sini pada Khamis.

Hafiz Hamidun.
Artis lain yang hadir ialah Mawi dan Syamsul Yusof.

Terdahulu Hafiz dimasukkan kedalam hospital selama 12 hari selepas mengalami jangkitan pada paru-paru dan masalah kekurangan sel darah putih dan darah merah dalam badan.

Tambah Hafiz, dia mengalami detik cemas ketika berada di hospital apabila sukar  untuk bernafas akibat penyakit  itu.

"Doktor telah menasihati saya supaya banyak berehat tetapi ketika malam sebelum melakukan pembedahan saya mengalami satu peristiwa sukar untuk bernafas ketika bangun tidur.

"Nasib baik saya sempat memanggil jururawat dan mereka datang untuk memberi rawatan dengan segera kerana ketika itu saya cuma ingat hendak mati sahaja," ujarnya.

Dalam pada itu, Hafiz berkata, dia bersyukur kerana dapat mengesan penyakit yang dialami dengan cepat dan menasihati orang ramai agar segera mendapatkan rawatan di hospital jika mempunyai masalah demam yang berlarutan.
Tags / Kata Kunci: Hafiz Hamidun

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan