Zizan Razak Dapat Tawaran Produksi Indonesia

Diterbitkan: Khamis, 23 Jun 2016 2:09 PM

Zizan mendapat tawaran berlakon sebuah filem di Indonesia.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Zizan Razak tidak menyangka namanya dikenali oleh pembikin filem di Indonesia apabila dia mendapat tawaran berlakon daripada sebuah produksi di negara itu baru-baru ini.

Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 32, berkata, dia diberitahu namanya dipilih untuk menyertai projek berkenaan kerana pihak produksi menyukai personaliti dan cara lakonannya.

"Ketika mendapat tawaran itu saya bertanya juga adakah mereka mengenali siapa saya kerana sebelum ini saya belum pernah berlakon dalam mana-mana produksi di negara itu.

"Mereka memberitahu mereka sukakan lakonan saya dan ingin saya menyertai dalam projek terbaharu itu.

"Ia adalah projek sepenuhnya produksi Indonesia dan saya satu-satunya pelakon dari Malaysia," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun kata Zizan, dia masih belum menandatangani sebarang kontrak kerana ia masih di peringkat tawaran.

Zizan berehat sepanjang Ramadan.

Dalam pada itu, Zizan berkata, dia tidak terlalu teruja untuk mengembangkan karier di Indonesia sebaliknya lebih kepada ingin merasai pengalaman bekerja dengan produksi luar negara.

"Pada tahap ini saya tidak memikirkan tentang ingin mencipta nama di Indonesia sebaliknya lebih teruja untuk merasai pengalaman berlakon di sana.

"Dari situ nanti banyak yang boleh saya belajar kerana cara bekerja mereka pastinya berbeza dengan krew tempatan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Zizan berkata, sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini dia memperlahankan karier seninya kerana ingin memberi perhatian kepada ibadah puasa.

"Banyak tawaran kerja yang saya tolak kerana ingin mengambil kesempatan Ramadan ini untuk diri sendiri selain banyak melakukan ibadah.

"Dengan itu saya dapat menjalani puasa dengan lebih aman dan tenang," katanya.

Tags / Kata Kunci: Zizan Razak

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan