Pelapis Edar 10,000 Bubur Lambuk Untuk Bantu Adik Nur Dayana

Diterbitkan: Khamis, 23 Jun 2016 4:00 AM

Persatuan Artis Pelapis Malaysia (Pelapis) mengedarkan kira-kira 10,000 bungkus bubur kepada orang ramai di stesen LRT Kelana Jaya, Ampang dan Masjid Jamek pada Rabu. Foto SHAARI CHEMAT / The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Artis Pelapis Malaysia (Pelapis) mengedarkan kira-kira 10,000 bungkus bubur lambuk kepada orang ramai di stesen LRT Kelana Jaya, Ampang dan Masjid Jamek di sini, pada Rabu.

Presidennya, Datuk Hazmimi Johar, berkata, program ini diadakan untuk melancarkan kutipan tabung amal adik Nur Dayana Mohd Zaini yang berusia lima tahun bagi menjalankan pembedahan memperbetulkan saluran pernafasan.

"Hari ini kita telah berjaya mengedar hampir 10,000 bungkus bubur kepada orang ramai dan melancarkan tabung adik Dayana yang memerlukan kos untuk melakukan pembedahan saluran penafasan.

Presien Pelapis, Datuk Hazmimi Johar.

"Kami dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) seperti We Love Charity, Prasarana, Masjid Jamek dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) telah mengambil inisiatif untuk membantu adik Dayana yang memerlukan sumbangan sebanyak RM200,000," katanya kepada mStar Online.

Hazmimi ditemui pada majlis pelancaran kempen RM10 seorang untuk Tabung Ihsan Nur Dayana di Stesen LRT Masjid Jamek di sini.

Nur Dayana memerlukan sumbangan sebanyak RM200,000 untuk melakukan pembedahan membentuk rahang muka bagi membina lubang hidung sebagai persediaan menanam Prosthetic Nose di bahagian muka.

Seramai 10 artis turut menjayakan acara berkenaan dalam mengagih bubur lambuk kepada orang ramai.

Pelawak Abon menyerahkan bubur kepada orang ramai.

Antaranya ialah Abon, Nas (Kilauan Emas Otai), Syafeek Ikhwan (Juara Bintang Pujaan RTM), Ross Hassan dan Helvera Basri.

Dalam pada itu, pelawak veteran Abon berkata, program ini merupakan satu inisiatif untuk membantu orang yang lebih memerlukan serta dapat mengeratkan hubungan sesama artis.

"Ini merupakan satu tanggungjawab kita dalam membantu orang yang memerlukan.

"Program seperti ini bagus dalam menyatukan artis-artis baharu dan lama untuk melakukan kerja amal serta secara tidak langsung ia dapat mengeratkan hubungan bersama," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan