Farahdhiya Lantik Pengurus Selepas Nyaris Diperdaya Ejen Pelacuran

Diterbitkan: Khamis, 23 Jun 2016 5:00 AM

Farahdhiya bakal keluar single terbaharu selepas Aidilfitri.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Farahdhiya memberitahu dia mula menyerahkan sebarang urusan kerjayanya kepada pengurus selepas kejadian nyaris diperdayakan Ejen pelacuran Februari lalu.

Bagaimanapun, Farah atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohamed Amin, 32, berkata, dia masih berhadapan dengan permintaan penganjur yang mahu menemuinya dahulu sebelum menawarkan sesuatu persembahan.

"Selepas kes tersebut saya memang serahkan urusan kepada pengurus, namun dia (pengurus) juga berdepan masalah kerana penganjur ingin melihat saya dulu sebelum buat tawaran.

"Permintaan orang pelik-pelik sehingga pengurus saya juga pening. Jika saya tiada program bolehlah saya datang secara profesional," ujarnya kepada mStar Online.

Farahdhiya ditemui pada majlis Indahnya Syawal, di Angkasapuri, malam Selasa.

Farahdhiya lebih berhati-hati.

Sementara itu, bercakap tentang kerjaya selepas mendapat tempat kedua pada program Gegar Vaganza 2, Farahdhiya berkata dia kini menumpukan 60 peratus terhadap nyanyian berbanding lakonan.

"Alhamdulillah tawaran mengadakan persembahan semakin banyak selepas program Gegar Vaganza 2 dan nama saya dikenali semula sebagai penyanyi.

"Jadi saya mengambil peluang ini untuk mengutamakan kerjaya nyanyian terlebih dahulu. Jika ada tawaran berlakon saya terima dengan syarat mengikut jadual nyanyian saya dahulu," ujarnya.

Tambah Farahdhiya, dia juga bakal keluar single terbaharu berjudul Miliku Abadi selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Lagu tersebut merupakan ciptaan Tam Spider dan lirik oleh Keon yang turut mengisahkan tentang cinta.

Tags / Kata Kunci: Faradhiya

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan