Shukri Yahaya Cemas Bayi Dalam Kandungan Isteri Tidak Bergerak - Berita Hiburan | mStar

Shukri Yahaya Cemas Bayi Dalam Kandungan Isteri Tidak Bergerak

Diterbitkan: Rabu, 22 Jun 2016 5:34 AM

Shukri Yahaya bakal sambut anak perempuan pada Ogos depan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Shukri Yahaya meminta isterinya Tya Adnan yang kini hamil tujuh bulan agar menjalankan ibadah puasa mengikut kemampuan.

Shukri atau nama sebenarnya Mohd Shukri Yahaya, 28, berkata, ia berikutan isterinya pernah mengalami detik cemas apabila bayi dalam kandungan tidak bergerak pada Ramadan ketiga lalu.

"Kebiasaanya dia dapat merasakan bayi dalam perut aktif bergerak, jadi pada puasa ketiga lalu dia beritahu saya bayi tersebut tidak bergerak.

"Saya cemas dan menyuruh dia minum air, selepas itu barulah dia rasa semula bayi tersebut bergerak.

"Nasib baik saya berada dengannya ketika itu dan terus membawanya ke hospital untuk buat pemeriksaan," ujarnya kepada mStar Online.

Shukri tidak ambil tawaran berlakon sepanjang Ramadan untuk bersama isteri.

Pelakon itu ditemui pada majlis berbuka puasa Syukur Selalu baru-baru ini.

Shukri Yahaya dan Tya Adnan berkahwin pada 20 November 2015 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.

Selain itu, Shukri berkata, dia tidak mengambil sebarang tawaran lakonan sepanjang Ramadan ini bagi memberi perhatian terhadap isteri dan anak yang bakal dilahirkan.

"Sepanjang berkahwin saya sibuk dengan penggambaran dan tidak banyak masa bersama dengannya, jadi saya ambil peluang bulan Ramadan ini untuk habiskan masa bersamanya.

"Insya-Allah lepas Hari Raya saya akan sambung kerja semula dan sehingga dia bersalin iaitu hujung bulan Ogos ini saya hanya akan ambil penggambaran di sekitar Kuala Lumpur sahaja," ujarnya.

Sementara itu ditanya tentang bayi berkenaan, Shukri berkata menerusi imbasan yang dilakukan dia bakal menimang cahaya mata perempuan.

Selain itu, dia kini sibuk membuat persiapan dan mencari barang keperluan bayi.

"Insya-Allah dapat anak perempuan dan sekarang kami sedang buat persiapan sedikit-sedikit, saya akui paling teruja membeli barang-barang bayi," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Shukri Yahaya
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan