Sherry Alhadad Tidak Biarkan Kerjaya Terjejas Kerana Hinaan

Diterbitkan: Rabu, 22 Jun 2016 5:30 AM

Sherry tidak membiarkan kata-kata negatif dan penghinaan tentang berat badannya mengawal dirinya sehingga menjejaskan karier seninya. Foto GLEEN GUAN

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Sherry Alhadad tidak membiarkan kata-kata negatif dan penghinaan mengenai berat badannya menjadi penyebab kerjaya seninya terjejas.

Sherry, 32, berkata, dia sudah melalui pelbagai halangan dan dugaan yang lebih sukar berbanding cakap-cakap mengenai dirinya di laman sosial yang seterusnya membuatkan dia lebih cekal mengharungi dunia seni.

"Saya tidak pernah membiarkan cakap-cakap orang lain menjadi penyebab untuk saya mengundur ke belakang hanya kerana tidak dapat menerima hinaan dan cacian orang terhadap saya.

Sherry sentiasa optimis meskipun sering menerima kritikan.

"Ini harga yang perlu saya bayar apabila berada di tahap sekarang cuma adakalanya hati sedikit terusik membaca penghinaan orang terhadap diri saya," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Sherry yang kini mengendalikan program Akak-Akak Sangat bersama Sharifah Shahora berkata, kemunculannya menerusi rancangan itu juga mendapat pelbagai kritikan termasuk dia dikatakan gedik.

Bagaimanapun dia enggan terlalu mengambil serius terhadap kata-kata negatif malah tidak pernah membalas sebarang kritikan yang ditujukan kepadanya.

"Selalunya respons saya bila orang kata saya gemuk, saya gelak sahaja kerana jika dilayan memang tidak ada kesudahan.

"Seperti tugas saya sebagai hos Akak-Akak Sangat saya dikatakan gedik tetapi sebenarnya orang tidak tahu ia sebahagian tuntutan program berkenaan yang memerlukan saya menjadi seperti itu.

"Tetapi itu tidak bererti saya sedemikian rupa sebaliknya saya masih menjaga batasan dalam mana-mana juga program yang saya kendalikan," ujarnya.

Bagaimanapun kata Sherry, dia menganggap situasi berkenaan adalah perkara biasa.

Tags / Kata Kunci: Sherry Alhadad , Akak-Akak Sangat

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan