Jom Rebut Hadiah Peraduan 'Ice Age: Collision Course'

Diterbitkan: Rabu, 22 Jun 2016 12:01 AM

(Ubah saiz teks)

SELEPAS mendapat sambutan hangat bagi beberapa peraduan yang dianjurkan sebelum ini, mStar Online sekali lagi memberi peluang untuk anda memenangi hadiah-hadiah dan sepasang tiket percuma untuk menonton filem terbaharu iaitu Ice Age: Collision Course.

Kami di mStar Online ingin menghargai sumbangan dan kesetiaan pembaca dengan menganjurkan peraduan ini.

Cara menyertai peraduan ini ialah dengan menjawab soalan mudah yang diberikan.

Jawapan yang lengkap bersama nama penuh anda, nombor telefon, alamat rumah hendaklah dihantar menerusi e-mel ke editor@mstar.com.my

Peraduan ini bermula dari 22 Jun 2016 sehingga 28 Jun 2016.


Antara hadiah yang bakal dimenangi.

Sinopsis

Ice Age: Collision Course
ialah sebuah filem animasi kekeluargaan yang diterbitkan menerusi teknik animasi komputer 3D dihasilkan Blue Sky Studios dan akan menemui penonton pada 7 Julai depan.

Ia adalah filem kelima lanjutan kepada siri Ice Age dan sekuel kepada Ice Age: Continental Drift yang diterbitkan pada 2012.

Filem arahan Mike Thurmeier ini dilakonkan oleh majoriti pelakon yang sama dalam karya sebelum ini.

Ia menceritakan mengenai Petualangan Scrat yang pergi ke ruang angkasa sehingga mencetuskan ancaman apabila tahi-tahi bintang jatuh ke bumi sehingga mengancam keselamatan makhluk di dalamnya.

Untuk menyelamatkan diri dari makhluk tersebut, Manny, Sid, Diego dan kawananya meninggalkan rumah mereka untuk mencari penghidupan baru.

Bagaimanapun ketika dalam perjalanan itu, mereka bertemu dengan satu tempat yang cukup indah.

Filem ini edaran 20th Century Fox.

Antara pelakonnya ialah  Ray Romano, Queen Latifah, Jessie J dan Jennifer Lopez.

Soalan

1. Berapa banyakkah filem Ice Age dihasilkan setakat ini?

2. Dalam segmen hiburan di mStar Online, ruangan manakah menjadi pilihan anda. Adakah Berita Hiburan, Zoom!, Stail, Bintang Global, K-Pop atau wayang? Pilih satu sahaja.

3. Sila ke akaun Instagram mStar Online iaitu mstaronlineofficial dan follow, kemudian senaraikan tiga nama selebriti yang kami ikuti (following).

Hadiah

Tempat pertama
Tikar yoga, baju T dewasa, baju T kanak-kanak, dua tiket wayang

Tempat kedua
Baju T kanak-kanak, selimut berkelah, dua tiket wayang

Tempat ketiga
Selimut berkelah, dua tiket wayang

Tempat keempat
Pelilit telefon (phone bumper), tuala, dua tiket wayang

Tempat kelima

Tuala, dua tiket wayang

15 pemenang saguhati

Dua tiket wayang setiap pemenang 


Tags / Kata Kunci: Ice Age: Collision Course

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan