Filam Kabali Versi Bahasa Melayu Di Pawagam 22 Julai

Diterbitkan: Rabu, 22 Jun 2016 3:18 PM

Rajinikanth

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebelum ini, rakyat Malaysia hanya menonton filem Tamil dengan sari kata bahasa Melayu namun, kini mereka berpeluang menonton filem Kabali, yang dibintangi pelakon tersohor India Rajinikanth, dalam versi bahasa kebangsaan itu mulai 22 Julai ini.

Penerbit bersama Kabali Datuk Abdul Malik Dashtigeer berkata filem itu bakal mencipta sejarah apabila dialih suara daripada bahasa Tamil ke bahasa Melayu buat kali pertamanya dalam dunia perfileman negara.

"Bagi versi bahasa Melayu, selebriti tanah air Arun Kumar memberi suaranya untuk watak Rajinikanth dan Fathia Latiff bagi watak Dhansika, anak Rajinikanth.

"Untuk melakukan alih suara itu, kesemua yang terlibat termasuk Datuk Jalaluddin Hassan bagi suara watak penjahat dibawa ke Chennai, India selama tujuh hari untuk rakaman suara.

"Dua lagu (Ulagam dan Nerupuda) juga dalam proses pembikinan dalam bahasa Melayu dengan menggunakan muzik 'minus one' asli," katanya kepada Bernama di sini.

Abdul Malik berkata kos perbelanjaan untuk pemasaran di Malaysia menelan belanja sebanyak RM2 juta dan filem itu disasarkan mengutip RM50 juta secara keseluruhan apabila ditayangkan di 480 pawagam di seluruh negara.

Selain Malaysia, filem versi bahasa Melayu itu juga akan ditayangkan di 250 pawagam di Indonesia mulai 29 Julai.

Kabali, yang mendapat sentuhan pengarah India Pa.Ranjith, pada mulanya dijangka ditayangkan pada Julai 1 ini (versi Tamil) namun, ditunda atas beberapa sebab.

Abdul Malik memberi bayangan ia mungkin ditayangkan pada pertengahan Julai.

Filem Kabali mendapat perhatian rakyat Malaysia apabila ia turut menampilkan pelakon tempatan terkenal seperti Datuk Rosyam Nor, Norman Hakim, Zack Taipan dan Tony Kassim.

Abdul Malik yang juga pemilik syarikat Malik Streams berkata seramai 800 rakyat Malaysia turut menjadi pelakon tambahan dalam filem itu yang dinanti-nantikan peminat Rajinikanth di seluruh dunia.

Selain di India, penggambaran filem itu dijalankan selama 60 hari di Malaysia sehingga mencetuskan 'demam Rajinikanth' dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama pada awal tahun ini.

Legenda filem India, Rajinikanth yang juga popular dengan gelaran 'Superstar' dalam kalangan peminatnya, adalah antara pelakon yang menerima bayaran termahal di Asia Tenggara selepas Jackie Chan.

Rajinikanth atau nama sebenarnya Shivaji Rao memegang watak samseng (Don) di Malaysia, yang dikenali sebagai Kabaliswaran, dalam filem ke-159 beliau itu.

Kehangatan filem itu dirasai di Malaysia apabila 'flashmob' diadakan di beberapa lokasi di seluruh negara manakala AirAsia Bhd pula menawarkan menu dalam penerbangan dan barangan cenderamata yang disesuaikan dengan tema filem itu.

Tags / Kata Kunci: Kabali , Rajinikanth

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan