Eina Azman Mengaku Tidak Mampu Jaga Anak Kembar

Diterbitkan: Selasa, 21 Jun 2016 5:35 AM

Eina akan kembali berlakon bermula penghujung tahun ini. Foto LOW BOON TAT

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Datin Eina Azman memberitahu dia tidak mampu untuk menguruskan anak kembarnya, Karl Kareef dan Arianna Aubrey yang kini berusia empat bulan tanpa bantuan pembantu rumah.

Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 21, berkata, tugas menjaga anak kembar bukan semudah yang disangkakan dan kehadiran pembantu rumah banyak membantu agar keperluan dan kehendak mereka terjaga dengan baik.

"Saya tidak mahu berpura-pura kononnya saya boleh menjaga anak kembar saya tanpa bantuan kerana sebenarnya saya memang tidak mampu.

"Tugas itu terlalu berat tambahan pula mereka masih kecil dan saya perlukan pembantu untuk membantu saya menguruskan mereka.

"Bagaimanapun ia bukan bererti saya melepaskan tanggungjawab kepada pembantu sebaliknya banyak perkara yang saya lakukan sendiri kerana tidak mahu ketinggalan saat melihat mereka membesar di hadapan mata saya," katanya kepada mStar Online.

Eina sibuk menguruskan anak kembarnya, Karl dan Arianna.

Eina berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden, 37 pada 31 Ogos 2014.

Dalam pada itu, Eina berkata, pengalaman bergelar ibu kepada dua bayi sekali gus tidak dapat digambarkan dengan kata-kata namun mengakui ia banyak mengubah dirinya sebagai wanita.

Kata Eina, dia langsung tidak boleh berenggang dengan anak-anaknya kerana sentiasa teringatkan gelagat mereka.

"Kalau keluar berdua dengan suami pun saya akan cepat-cepat pulang kerana rindukan anak dan begitu juga suami.

"Ada masanya memang penat tetapi anugerah diberikan sepasang cahaya mata kembar ini banyak mengajar saya menjadi insan lebih baik," katanya.

Bercakap lanjut mengenai gelagat Karl dan Arianna, Eina berkata, bayinya itu sentiasa berjaga pada waktu malam sehingga memaksanya mengubah waktu tidurnya.

Malah kata Eina, pada usia empat bulan mereka sudah mula pandai membebel dan keletah mereka itu menghiburkannya.

"Saya terpaksa ubah waktu tidur saya dari lapan pagi hingga dua petang kerana waktu itu mereka juga tidur memandangkan mereka akan berjaya pada waktu malam.

"Selain daripada itu, mereka tiada banyak ragam cuma sekarang sudah pandai membebel dan saya dan suami selalu berkomunikasi dengan anak-anak supaya perkembangan mereka lebih pantas," uajrnya.

Sementara itu, Eina berkata, Syawal pada tahun ini akan disambut cerita dengan kehadiran Karl dan Arianna dan persiapan lebih kepada mereka berbanding dirinya sendiri.

"Sambutan hari raya biasa sahaja, sederhana tetapi akan jadi meriah dengan kehadiran anak-anak kami.

"Insya-Allah kami sekeluarga akan menyambut syawal di Kuala Lumpur sahaja dan merancang untuk bercuti," katanya.

Dalam perkembangan lain, Eina berkata, dia bakal kembali aktif sebagai pelakon bermula penghujung tahun ini dan memberitahu sudah pun menerima beberapa tawaran lakonan.

Tags / Kata Kunci: Eina Azman

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan