"Tidak Perlu Sorok Jantina Anak" - Fahrin Ahmad

Diterbitkan: Isnin, 20 Jun 2016 5:22 AM

Fahrin dan Elena bakal menimang cahaya mata pada Oktober depan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Fahrin Ahmad tidak melihat keterbukaannya berkongsi tentang jantina anak yang sedang dikandungkan isterinya, Elena Hani secara terbuka sebagai satu kesalahan.

Fahrin, 37 sebaliknya berkata, dia berasa pelik apabila ramai yang cuba merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan umum namun menganggap ia sebagai hak peribadi masing-masing.

Saya tidak pasti kerana orang berahsia mengenai jantina anak mereka tetapi pada saya apabila doktor sudah sahkan tiada salahnya berkongsi.

"Mungkin mereka yang berbuat demikian ada sebab tersendiri tetapi saya sedia kongsi kerana ia bukan sesuatu yang perlu menjadi rahsia," katanya kepada mStar Online.

Fahrin memberitahu dia dan isterinya yang sedang hamil enam bulan bakal menimang cahaya mata lelaki dan Elena dijangka bersalin pada Oktober depan.

Fahrin dan Elena berkahwin pada 9 Mei tahun lalu.

Dalam pada itu, Fahrin berkata, dia teruja apabila bakal bergelar bapa dan berharap kehadiran bayi itu nanti melengkapkan rumah tangga yang dibina.

Bagaimanapun kata Fahrin, buat masa ini dia masih belum melakukan sebarang persiapan kerana sibuk dengan kerjayanya.

"Mana-mana lelaki yang bakal bergelar bapa akan teruja dan begitu juga saya tetapi persediaan itu lebih kepada kewangan ketika ini.

"Maklum sahaja ia memerlukan perbelanjaan besar dan untuk membeli barang anak masih belum berkesempatan dan Insya-Allah dalam masa terdekat ini," jelasnya.

Sementara itu, Fahrin berkata, kedatangan bulan puasa tahun ini memberi banyak rahmat kepadanya kerana selain bakal menimang cahaya mata, ia juga kali pertama dia dan Elena menyambut Ramadan bersama.

"Tahun lalu kami banyak berjauhan memandangkan tuntutan karier Elena yang membawanya ke luar negara tetapi tahun ini Alhamdulillah kami dapat bersama.

"Sambutan sederhana sahaja kerana paling penting kami dapat sentiasa bersama," katanya.

Tags / Kata Kunci: Fahrin Ahmad

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan