Ahya Rosli Didenda RM800 Kerana Tumbuk Eksekutif

Diterbitkan: Isnin, 20 Jun 2016 6:28 PM

Ahya Rosli mengaku bersalah mencederakan seorang eksekutif.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Model dan pelakon filem Tanda Putera, Ahya Ulumuddin Rosli yang lebih dikenali dengan nama Ahya Rosli didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Isnin selepas mengaku bersalah mencederakan seorang eksekutif.

Ahya, 29, didakwa mencederakan Mohamad Asrul Affendi Roseli, 31, dengan menumbuk muka mangsa beberapa kali menyebabkan kecederaan pada kening sebelah kanan, pecah bibir serta bengkak di muka sebelah kanan.

Dia yang merupakan anak pelakon Normah Damanhuri, yang juga hadir ke mahkamah, didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan tempat letak kereta gelanggang futsal Sentral Mark, Setapak, di sini pada 11.30 malam, 14 Jun lepas.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga setahun dan denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya. 

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid juga mengarahkan tertuduh dipenjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda. Dia membayar denda kemudiannya.

Dalam rayuannya, Ahya yang diwakili peguam Ahmad Ridza Mohd Noh merayu hukuman denda yang minimum atas alasan tertuduh tidak dapat mengawal emosi ketika sedang marah.

Timbalan Pendakwa Raya, Noorelynna Hanim Abd Halim memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal atas kesalahan itu mengambil kira faktor kekerapan kesalahan tersebut dan keselamatan awam.

Mengikut fakta kes, mangsa yang ketika itu tiba di tempat letak kereta telah didatangi oleh tertuduh yang kemudiannya bertindak menumbuk muka mangsa disyaki menggunakan objek keras.

Tags / Kata Kunci: Ahya Rosli

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan