Peminat Tidak Terima Haziq Rosebi Bawa Lagu Baharu

Diterbitkan: Ahad, 19 Jun 2016 5:00 AM

Haziq Rosebi

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Haziq Rosebi memberitahu dirinya yang sudah sebati dengan menyanyikan lagu-lagu tradisional dan irama pop yeh yeh 70an tidak diterima jika menyanyikan lagu terkini.

Haziq, 28, berkata, dia cuba beberapa kali membawakan lagu baharu dan terkini ketika mengadakan persembahan, namun tidak disukai oleh penganjur dan penonton.

"Suara saya memang tidak sesuai untuk bawa lagu terkini kerana jika saya bawa penonton tidak suka dan mahu saya nyanyi sahaja lagu lama.

"Pernah juga saya minta penganjur untuk selitkan lagu-lagu baru, namun mereka menolak kerana tidak sesuai dengan penonton," ujarnya kepada mStar Online.


Haziq tidak yakin untuk buat lagu baharu.

Haziq berkata demikian ketika ditemui pada majlis Anugerah Lagu Johor dan berbuka puasa dengan artis-artis Johor yang diadakan di Saloma Bistro, malam Jumaat.

Dalam pada itu, Haziq berkata, disebabkan perkara itu juga dia masih belum yakin untuk menerbitkan single nyanyiannya sendiri.

"Itu adalah salah satu faktor kenapa saya tidak buat lagu sendiri, saya tidak yakin sama ada orang suka atau tidak jika saya bawa lagu saya sendiri.

"Kos untuk buat lagu bukan murah dan jika tidak diterima saya akan menanggung kerugiannya. Namun saya sedar ia penting untuk terus berada dalam industri perlu ada lagu sendiri," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang kerjaya nyanyiannya dalam membawa lagu-lagu tradisional dan pop yeh yeh, Haziq berkata ia sudah menjadi punca pendapatannya.
Katanya, disebabkan lagu-lagu itu juga dia mampu untuk membeli sebuah rumah dan ansuran kereta.

"Saya tidak kisah orang ingin cakap apa yang penting disebabkan lagu-lagu inilah saya hidup dan beri pendapatan setiap bulan.

"Hasil nyanyian lagu lama juga saya mampu beli rumah dan kereta saya," ujarnya yang mengakui peminat-peminat terdiri daripada golongan warga emas.
Tags / Kata Kunci: Haziq Rosebi

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan