Jamal Abdillah Ke Penjara Pelawa Ameng Sertai Konsert 3 Suara

Diterbitkan: Sabtu, 18 Jun 2016 5:58 AM

Ameng bersama Datuk Jamal Abdillah, Zamani Slam dan Jamilul Hayat pada sidang media Konsert 3 Suara yang diadakan di Bangunan Umno Selangor, Shah Alam pada Jumaat. Foto MUHAMAD SHAHRIL ROSLI

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Penyanyi Ameng (Spring) tidak menyangka penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah sanggup datang ke penjara Kluang, Johor untuk bertemunya pada tahun lalu demi mengajaknya menyertai Konsert 3 Suara yang bakal diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya pada September depan.

Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 47, berkata, pada awalnya dia menganggap pelawaan Jamal sebagai jenaka tetapi tidak menyangka penyanyi yang mendapat jolokan Raja Pop itu serius dan benar-benar mahu dia menyertai konsert berkenaan.

"Saya ingat Jamal datang melawat sebagai sahabat lama tetapi tidak menyangka kehadirannya itu dengan membawa tawaran yang saya anggap paling terbaik pernah saya dapat.

"Ketika itu tiada lain saya fikirkan selain ingin menyelesaikan hukuman penjara dan langsung tidak menyangka dapat pelawaan sehebat itu.

"Tetapi saya tidak terlalu berharap kerana masih menjalani hukuman penjara," katanya kepada mStar Online.

Jamal sanggup ke Penjara Kluang, Johor untuk menjemput Ameng menyertai Konsert 3 Suara.

Ameng berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert 3 Suara yang diadakan di Bangunan Umno Selangor di sini, Jumaat.

Konsert yang bakal berlangsung pada 22 hingga 25 September itu turut menampilkan Zamani (Slam) dan penampilan khas Jamilul Hayat selain Jamal dan Ameng sendiri.

Dalam pada itu, Ameng berkata, dia teruja untuk kembali ke pentas menghiburkan peminat dan berharap dapat mengembalikan nostalgia menerusi lagu-lagu hit nyanyiannya.

"Keyakinan saya sudah kembali dan berharap dapat melakukan sesuatu yang baik menerusi persembahan nanti.

"Insya-Allah seleksi lagu yang bakal dinyanyikan juga bagi mengimbau kenangan peminat," ujarnya.

Sementara itu, Jamal berkata, pemilihan barisan penyanyi untuk konsert berkenaan dibuat kerana bakat dimiliki selain kelompok peminat mereka yang masih kuat.

Malah Jamal tidak menafikan faktor mereka mempunyai sejarah yang sama membuatkan beliau memilih Ameng dan Zamani dalam memberi sokongan kepada mereka kembali bangkit dalam industri muzik.

Gabungan Zamani, Jamal dan Ameng bakal menggegarkan Konsert 3 Suara.

"Saya pernah berada di tempat mereka dan ada orang lain yang masih percaya dengan saya. Jadi mengapa saya tidak boleh buat perkara sama kepada mereka berdua.

"Saya berkeyakinan penuh mereka berdua tambahan pula masing-masing masih mempunyai kelompok peminat yang ramai," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Jamal berkata, pada konsert itu nanti mereka akan tampil dengan persembahan duet menerusi lagu Isabela selain beberapa kejutan lain.

Konsert berkenaan bakal diiringi oleh 20 muzik profesional bawah pimpinan Raja Mohd Sham Raja Saari.

Tiket bagi menyaksikan konsert tersebut dijual pada harga RM108, RM158, RM258, RM358 dan RM458.

Pembelian tiket boleh dibuat menerusi laman web www.ilassotickets.com atau hubungi 03-2170 6333.

Terdahulu Ameng dibebaskan dari Penjara Kluang pada Selasa lalu selepas lima tahun ditahan akibat penyalahgunaan dadah.

Hukuman penjara yang dikenakan keatasnya selama lapan tahun dikurangkan kerana disiplin dan contoh baik ditonjolkannya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan