Izzue Islam Idam Hasrat Beraya Bersama Anak

Diterbitkan: Jumaat, 17 Jun 2016 5:26 AM

Izzue Islam memberitahu dia mula mengimpikan perasaan untuk meraikan hari raya bersama cahaya mata.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas tiga tahun berumah tangga, pelakon Izzue Islam memberitahu dia mula mengimpikan perasaan untuk meraikan hari raya bersama cahaya mata.

Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 26, berkata, dia benar-benar berharap agar hasrat itu tercapai pada sambutan Aidilfitri pada tahun hadapan.

“Nampaknya tahun ini masih lagi beraya berdua sahaja bersama isteri namun besar harapan saya diberikan rezeki dapat beraya bertiga atau mungkin berempat (merujuk kepada anak kembar) pada tahun hadapan, siapa tahu?

"Apapun, kenyataan ini tidak bermakna saya sahkan isteri saya kini sedang hamil.

Izzue harap dapat menimang cahaya mata.

“Setakat ini isteri saya belum menunjukkan tanda-tanda dia sedang berbadan dua dan kami masih berusaha ke arah itu.

"Doa-doakanlah ada khabar gembira agar hasrat kami untuk merasai nikmat berhari raya bersama cahayamata dimakbulkan,” katanya kepada mStar Online.

Izzue yang turut ditemani isterinya, Nurinafilah Waharudin, 34, atau Awin ditemui pada majlis sidang media KL Raya Festival 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Rabu.

Sementara itu, bercerita mengenai sambutan Aidilfitri tahun ini Izzue memberitahu dia akan beraya di kampung isterinya di Klang sebelum pulang ke Kelantan pada malam hari raya pertama.

Izzue dan isterinya, Awin.
“Raya tahun ini saya cuba ambil cuti paling tidak seminggu untuk bersama-sama keluarga kedua-dua belah pihak.

"Pagi raya kami akan beraya di kampung Awin dahulu di Klang dan memilih untuk balik ke kampung saya di Kelantan pada sebelah malamnya bagi mengelak kesesakan lalu-lintas dan risiko kemalangan,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai persiapan lebaran pula, Izzue dan isteri memilih untuk mengetengahkan tema ungu pada kali ini dengan mengenakan baju Melayu daripada koleksinya sendiri, Izzuexclusive.

“Tentang persiapan kami selesa untuk bersederhana sahaja. Macam saya sendiri, saya hanya menggayakan koleksi baju Melayu dari Izzuexclusice. Hanya untuk mencari baju Awin sahaja,” katanya.

Sementara itu menyentuh mengenai juadah raya pula kata Awin, suaminya tidak cerewet soal pemakanan tetapi mengelak daripada menyediakan menu berasaskan makanan laut kerana suaminya itu alah pada makanan laut.

"Lazimnya untuk juadah pagi raya, hidangan rendang, ketupat, nasi himpit dan kuah kacang antara hidangan mesti ada," katanya.

Dalam perkembangan lain, Izzue antara artis yang turut serta memeriahkan jualan untuk KL Raya Fest 2016 dengan koleksi terbaru dari Izzueexclusive.

KL Raya Fest akan berlangsung selama tiga hari bermula 24 hingga 26 Jun ini di PWTC di sini.

Tags / Kata Kunci: Izzue Islam , Awin , Izzueexclusive

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan