Erra Fazira Terkejut Gosip Dirisik, Kahwin Shahir (AF8) Aidilfitri Depan

Diterbitkan: Khamis, 16 Jun 2016 5:37 AM

Erra Fazira terkejut dengan gosip terbaharu kononnya sudah dirisik juara Akademi Fantasia ke lapan (AF8). Foto NORAFIFI EHSAN

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aktres Erra Fazira terkejut dengan gosip terbaharu kononnya sudah dirisik juara Akademi Fantasia ke lapan (AF8) dan bakal melangsungkan perkahwinan selepas Aidilfitri depan.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 42, berkata, sekiranya benar seperti apa yang didakwa, dia sebagai empunya diri seharusnya lebih tahu mengenai hal itu.

“Dulu pun pernah kecoh pasal isu ini tapi tiada apa-apa pun yang berlaku antara kami, bukan? Sama juga dengan spekulasi kali ini.

"Kalau benar ada rombongan merisik itu, kenapa saya tidak tahu? Sepatutnya sebagai empunya diri saya perlu tahu kiranya di pihak sana berhajat tentang perkara itu.

“Benar, kami memang berkawan rapat. Adatlah bila berkawan adakalanya akan melalui fasa-fasa seterusnya dan apa fasa-fasa itu biarlah saya sendiri yang simpan.

"Berkongsi sesuatu yang masih tidak pasti ianya jadi tidak manis. Jadi saya tak nak komen lebih,” katanya kepada mStar Online.

Shahir AF8
Shahir sudah sekian lama digosipkan dengan Erra.

Erra berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media KL Raya Fest anjuran Mood Republik yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Rabu.

Dalam pada itu, Erra bagaimanapun tidak menafikan dia dan Shahir kerap berhubung secara atas talian namun tidak bersedia untuk berkongsi kepada umum apakah topik perbualan mereka.

“Sebagai kawan, bukanlah sesuatu yang pelik untuk  kami bertanya khabar dan saya harap perkara ini tidak perlu dijadikan isu.

"Begitu juga soal Shahir menyepi kebelakangan ini. Ia tiada kaitan dengan saya kerana sebelum kenal saya lagi, Shahir sudah ambil sikap untuk lebih low profile,” katanya.

Sementara itu berkongsi tentang kerjaya seninya pula, Erra berkata dia belum mengambil langkah untuk 'cuci tangan' bagi menamatkan karier seperti  yang diperkatakan sebelum ini.

Bagaimana dia akui dalam proses ke arah memperlahankan akiviti seni secara beransur-ansur.

“Ramai orang ingat saya dah berehat panjang dari industri seni kerana kurang produktif dengan penghasilan filem-filem dan lagu-lagu baru.

Antara artis dan mereka yang terlibat dalam KL Raya Fest 2016.

"Sejujurnya saya memang ada niat terniat untuk mengundurkan diri secara perlahan-lahan kerana ingin memberi perhatian kepada keluarga dan perniagaan.

“Adanya saya dalam industri seni hari ini pun banyak didorong oleh perminataan dan sokongan peminat.

"Justeru hasrat untuk berehat itu terbantut buat masa ini dan saya percaya waktu itu akan tiba juga,” katanya.

Dalam pada itu mengenai KL Raya Fest 2016, Erra antara artis yang mengambil bahagian untuk sama-sama  berniaga produknya,  Rara Cookies.

Selain Erra, antara artis popular lain yang terlibat dalam karnival  berkenaan ialah Rozita Che Wan, Zain Saidin, Anzalna, Tomok, Izzue Islam, Mira Filzah, Emma Maembong dan Wawa Zainal.

Ia akan diadakan di PWTC selama tiga hari bermula 24 hingga 26 Jun ini.

Tags / Kata Kunci: Erra Fazira , Shahir

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan