Zarul Husin Rancang Tinggalkan Kerjaya Pramugara - Berita Hiburan | mStar

Zarul Husin Rancang Tinggalkan Kerjaya Pramugara

Diterbitkan: Rabu, 15 Jun 2016 5:30 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Umbrella  iaitu Zarul Husin merancang untuk meninggalkan kerjayanya sebagai pramugara Malaysia Airlines Berhad (MAB) bagi menumpukan perhatian terhadap bidang nyanyian sepenuhnya.

Zarul atau nama sebenarnya Zairulkefli Husin, 43, berkata, dia memberi tempoh masa sehingga akhir tahun ini untuk mengakhiri kerjaya yang sudah 16 tahun dilakukan.

"Insya-Allah saya akan menumpukan kepada bidang nyanyian sepenuh masa dan meninggalkan kerjaya sebagai pramugara.

"Saya sudah fikir masak-masak dan jika perancangan berjalan lancar paling lewat saya akan berhenti pada akhir tahun ini," ujarnya kepada mStar Online.

Zarul ditemui pada majlis berbuka puasa syarikat rakaman Indigital Music di Hotel Royal, di sini, malam Selasa.

Kata Zarul, keputusan tersebut sudah lama difikirkan iaitu sejak syarikat penerbangan tersebut mempunyai masalah dalaman.

"Sebenarnya saya fikir sudah lama sejak Malaysia Airlines System (MAS) tutup dan memberhentikan ramai pekerja. Dari situ saya fikir saya akan menjadi antara individu yang akan ditamatkan perkhidmatan.

"Saya bersedia untuk merancang kerjaya sebagai artis dan selepas itu saya tidak sangka dipanggil semula untuk bekerja," ujarnya.

Dalam pada itu, keputusan berkenaan disifatkan sebagai menyambung kerjaya dalam bidang seni yang pernah ditinggalkan dahulu secara mendadak.

"Dulu ketika bersama Umbrella perjalanan seni saya terhenti tiba-tiba kerana saya membuat keputusan untuk menjadi pramugara.

"Jadi, saya mahu sambung balik kerjaya seni  yang terhenti dahulu, namun buat masa ini saya bergerak solo dahulu," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Zarul berkata, dia baharu mengeluarkan single terbaharu berjudul Jangan Pernah ciptaan Epul Drama Band. 

Tags / Kata Kunci: Zarul , Umbrella
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan