Siti Sarah Dapat Kondominium Kerana Anak Ketiga

Diterbitkan: Rabu, 15 Jun 2016 2:47 PM

Siti Sarah menjadi kelu apabila suaminya, pelawak Shuib (Sepahtu) menghadiahkan sebuah rumah untuknya. Foto Ihsan Instagram @sitisarahraissuddin

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Siti Sarah Raissuddin memberitahu dia menjadi kelu apabila suaminya pelawak Shuib (Sepahtu) membuat kejutan dengan menghadiahkannya sebuah kondominium berkembar sebagai tanda penghargaan kerana melahirkan anak ketiga mereka Ariq Matin pada November tahun lalu.

Sarah, 32, berkata, dia pada dasarnya mengetahui mengenai rumah berkenaan namun tidak menyangka rumah yang sudah siap diubah suai itu akan dihadiahkan kepadanya.

"Kebiasaannya setiap kali saya melahirkan anak suami akan memberikan saya hadiah tetapi untuk anak ketiga ini, dia senyap sahaja.

"Tetapi saya memang tidak pernah menyangka untuk anak ketiga ini dia memberikan hadiah paling besar iaitu sebuah rumah.

"Alhamdulillah ini dikatakan berkat bulan Ramadan dan tiada kata dapat saya lafazkan kerana menjadi kelu dengan tindakannya itu," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Sarah bersama anak-anaknya ketika melawat rumah baharu mereka.

Dalam pada itu, Sarah berkata, apabila suaminya memberitahu tentang rumah berkenaan dia terkenangkan bagaimana Shuib pernah menitiskan air mata ketika mereka mula-mula berpindah ke rumah sewa selepas berkahwin.

Kata Sarah, Shuib terkilan tidak dapat menyediakan keperluan lengkap untuk dirinya memandangkan ketika itu karier seninya baharu sahaja bermula.

"Jujurnya saya tidak pernah memandangnya kerana harta dan sebab itu saya langsung tidak kisah apabila suami tidak dapat menyediakan kelengkapan yang selesa untuk kami ketika awal perkahwinan dahulu.

"Tetapi tangisannya kerana tidak dapat memenuhkan ruang dalam rumah ketika itu membuatkan hati saya terusik dan tidak pernah meminta apa-apa daripadanya," ujarnya.

Sementara itu, Sarah berkata, Shuib seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab selain sentiasa memastikan keperluan keluarganya didahulukan berbanding diri dia sendiri.


Shuib dan keluarganya akan mula berpindah ke rumah baharu pada Sabtu ini.

Malah kata Sarah, rumah berkenaan adalah bukti kerja keras suaminya itu selama ini dalam memberi kehidupan selesa kepada mereka sekeluarga.

"Saya sebenarnya seorang wanita yang bertuah kerana mendapat seorang suami yang sentiasa bekerja keras demi keluarga.

"Insya-Allah kami akan berpindah pada Sabtu ini ke rumah baru dan dapatlah berhari raya di sana nanti," katanya.
Tags / Kata Kunci: Siti Sarah , Shuib Sepahtu

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan