Hamil Anak Pertama, Raja Farah Sensitif Terhadap Suami

Diterbitkan: Rabu, 15 Jun 2016 5:45 AM

Raja Farah mengakui sikapnya bertukar lebih sensitif dan manja terhadap suaminya,Iskandar Ismail sejak hamil anak pertama. Foto CHAN TAK KONG

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Raja Farah memberitahu sejak hamil anak pertama sikapnya lebih sensitif serta manja terhadap suaminya, Iskandar Ismail.

Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 28, berkata, dia sentiasa mahukan perhatian daripada suaminya namun menganggap perkara itu sebagai mengikat lagi hubungan mereka suami-isteri.

"Saya tidak menafikan sejak mengandung saya banyak bergantung harap kepada suami sehingga ada ketikanya dia tidak pergi bekerja kerana menemani saya.

"Sikap saya jadi sensitif dan manja tetapi memandangkan kami diberi rezeki awal untuk mendapatkan anak selepas dua bulan berkahwin jadi saya anggap perubahan ini sebagai pengikat kasih di antara kami," katanya kepada mStar Online.

Pasangan ini bakal menimang cahaya mata pada Ogos depan. 

Raja Farah dan Iskandar, 34, berkahwin pada 6 September tahun lalu selepas dua bulan berkenalan.

Ia adalah perkahwinan kedua pelakon itu selepas bercerai dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada tahun lalu.

Dia yang kini hamil 29 minggu dijangka bersalin pada penghujung Ogos depan.

Dalam pada itu, Raja Farah berkata, dia dan suaminya sudah pun mengetahui jantina anak yang bakal lahir namun ingin memberi kejutan kepada keluarganya.

Katanya, kehamilan ini tidak mempunyai sebarang masalah malah dia tidak mengalami alahan teruk atau pun mengidam makanan pelik.

"Saya pun pelik juga tidak mengidam seperti mana wanita hamil lain dan teringin juga rasanya hendak rasa perasaan mengidam itu.

"Paling penting saya dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan sihat dan tidak sabar rasanya untuk menunggu kelahirannya," kata Raja Farah.

Sementara itu, Raja Farah berkata, sebagai persediaan dia banyak mendapatkan tip daripada abang dan kakak iparnya yang baharu sahaja menimang cahaya mata pertama baru-baru ini.

Selain itu, dia juga banyak bertanya kepada ibu dan ibu mertuanya tentang penjagaan bayi dan diri selepas bersalin nanti.

"Saya cuba dapat info sebanyak mungkin tetapi orang kata selagi tidak lalui sendiri kita tidak akan tahu bagaimana untuk menguruskan situasi tersebut.

"Tetapi Alhamdulillah setakat ini banyak info berguna yang saya dapat," katanya.

Tags / Kata Kunci: Raja Farah

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan