Pengikut Nadya Syahera Bertambah Kerana 'Dia Semanis Honey'

Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2016 5:34 AM

Nadya akui watak jahat lebih buat dia dikenali.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon baharu Nadya Syahera memberitahu jumlah pengikut Instagram miliknya meningkat lebih 80,000 orang selepas dia berjaya melakonkan watak antagonis bernama Bella dalam drama Dia Semanis Honey.

Nadya, 22, berkata, penangan watak dalam drama popular itu juga membuatkan dia lebih dikenali dan dipanggil sebagai Bella berbanding nama sebenarnya.

"Alhamdulillah, drama tersebut popular dan ramai yang tidak suka dengan watak saya sebagai Bella, ia benar-benar beri impak apabila saya di luar ada sahaja yang panggil saya dengan nama Bella.

"Malah saya akui pengikut laman sosial saya meningkat secara mendadak sepanjang 16 episod bersiaran saya kini meningkat lebih 80,000 pengikut di Instagram," ujarnya kepada mStar Online.

Nadya pernah dimarahi penonton drama Dia Semanis Hani.

Laman sosial Instagram @nadyasyahera kini mencecah 157,000 pengikut.

Drama Dia Semanis Honey lakonan Siti Nordiana dan Alif Satar yang disiarkan di Astro Ria bersiaran sebanyak 16 episod yang berakhir Mei lalu.

Sementara itu, Nadya berkata, dia turut mempunyai pengalaman dimarahi seorang wanita ketika di pusat beli belah akibat terpengaruh terhadap drama berkenaan.

"Saya pernah dimarahi seorang makcik ketika berjalan-jalan di sebuah pusat beli belah, dia meminta saya jangan ganggu hubungan Ahnaf dan Hani lakonan Alif Satar dan Siti Nordiana.

"Saya beritahu dia bahawa itu semua hanya lakonan semata-mata dan di alam sebenar saya tidak seperti itu," ujarnya.

Dalam pada itu, memainkan watak wanita bertudung dengan melakonkan watak jahat, dia juga akui menerima kritikan apabila dikatakan cuba memberi gambaran buruk terhadap wanita bertudung.

Bagaimanapun, ia adalah alam realiti sebenar yang mana tidak semua wanita bertudung itu sempurna.

"Ramai yang kritik saya bahawa saya beri persepsi negatif kepada wanita bertudung, tapi saya rasa tidak semestinya wanita jahat itu yang tidak bertudung.

"Ada sahaja wanita bertudung yang ada niat tidak baik dan bukan semua wanita bertudung itu sempurna," ujarnya.

Selain Dia Semanis Hani, Nadya pernah membintangi drama Jodoh Sebelah Pintu, Maid, Isteri Separuh Masa dan Maafkan Aku Tidak Sempurna.

Tags / Kata Kunci: Nadya Syahera , Bella , Dia Semanis Hani

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan