Acappan Berhak Sorok, Rakan Dilarang Dedah Pengislaman Mualaf

Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2016 1:15 PM

Penceramah bebas Zul Ramli M Razali memberitahu Islam itu sendiri tidak pernah memaksa seseorang mualaf itu untuk mengisytiharkan keimanan mereka terhadap Allah S.W.T.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perbuatan seseorang mualaf yang terpaksa berbohong mengenai penukaran agamanya kepada Islam daripada pengetahuan umum bukanlah satu kesalahan dan tidak menyebabkan mereka menjadi murtad.

Penceramah bebas Ustaz Zul Ramli Mohamed Razali berkata, Islam tidak pernah memaksa seseorang mualaf untuk mengisytiharkan keimanan mereka terhadap Allah kerana pada peringkat itu iman mereka masih belum kukuh dan stabil.

"Sebenarnya tidak menjadi kesalahan kepada seseorang mualaf itu untuk berbohong atau menyembunyikan kebenaran mereka memeluk Islam walaupun mereka berbuat demikian atas sebab-sebab tertentu.

"Sebab itu Islam memberi kelonggaran iaitu antara dua hingga lima tahun untuk mereka menyiapkan diri menjadi seorang Islam kerana orang yang baru memeluk Islam ini iman mereka masih belum kukuh," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.

SILA KLIK: "Hentikan Sebar Berita Tak Benar! Saya Belum Peluk Islam" - Acappan

Beliau diminta mengulas isu terbaharu yang menjadi viral apabila pelakon Acappan dikatakan telah memeluk Islam selepas video dan gambarnya pada sebuah majlis berbuka puasa tersebar.

Selepas isu itu, Acappan dalam kenyataannya kepada mStar Online pada Isnin menafikan kejadian itu dan kecewa kerana insiden berkenaan telah diviralkan sehingga memaksanya membuat laporan polis.

Antara gambar yang tersebar kononnya Acappan (tengah) memeluk Islam. Turut kelihatran penyanyi Iwan (kanan) dan pelakon Isma Aliff (dua dari kiri).

Tanpa merujuk kepada artis berkenaan Ustaz Zul Ramli berkata, rakan terdekat atau keluarga tidak berhak untuk menghebahkan tentang pertukaran agama seseorang bukan Islam kepada Islam kerana ia adalah perkara peribadi.

Malah katanya, penyebaran berita tidak sahih tentang perkara itu di laman sosial juga tidak seharusnya berlaku kerana ia akan menimbulkan masalah lain seperti perbalahan keluarga.

"Seperti yang berlaku kepada selebriti yang didakwa memeluk Islam, individu yang menyebarkan hal itu sepatutnya mendapatkan kesahihan terlebih dahulu.

"Jika ia benar sekali pun tiada siapa berhak untuk menghebahkannya kepada orang lain kerana ia melibatkan peribadi mualaf berkenaan," katanya.

Zul Ramli turut menjelaskan pada zaman Rasulullah bahawa seseorang yang memeluk Islam boleh memilih untuk mengisytiharkannya atau menyembunyikan keimanan mereka.

"Kisah Saidina Umar yang mengisytiharkan pengislaman di hadapan ketua kabilah Quraisy umpamanya adalah contoh bahawa seseorang itu boleh mengisytiharkan keislaman serta memberitahu sanak saudara mereka.

"Kisah Abdullah bin al-Salam, seorang rahib Yahudi yang memeluk Islam kerana percaya dengan kebenaran Rasulullah SAW, namun meminta izin menyembunyikan pengislamannya.

"Beliau khuatir keselamatannya diancam orang Yahudi memandangkan beliau adalah tokoh rahib Yahudi terkenal dan Rasulullah SAW membenarkan permohonan Abdullah bin al-Salam untuk menyembunyikan keimanan beliau itu," katanya.

Sementara itu, Zul Ramli berkata, masyarakat memainkan peranan penting dalam menjaga kebajikan mualaf kerana mereka adalah golongan istimewa yang perlu diberikan perhatian.

"Mualaf adalah tanggungjawab saudara Islam yang lain untuk membela nasib dan kebajikan termasuk sokongan moral agar mereka tidak berasa dipinggirkan.

"Ia dapat memotivasikan mereka untuk terus mengukuhkan akidah dan iman mereka terhadap agama Islam," ujarnya.

* Ustaz Zul Ramli merupakan penyampai tazkirah Kalam Ramadan untuk mStar TV.
Tags / Kata Kunci: Mualaf , Zul Ramli , Acappan

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan