Isteri Sebak Ameng Akhirnya Bebas Dari Penjara

Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2016 2:32 PM

Ameng Dibebaskan Dari Penjara

  • 1 of 5
  • Ameng Penjara 1

    Selepas lima tahun ditahan di penjara Kluang, Johor akibat kes penyalahgunaan dadah, vokalis kumpulan Spring iaitu Ameng akhirnya dibebaskan pada Selasa (14 Jun 2016). - FOTO: BERNAMA

  • Ameng Penjara 2

    Ameng ketika keluar dari Penjara Kluang, Johor selepas dibebaskan akibat kes penyalahgunaan dadah. Ameng ditahan selama lima tahun di penjara itu. Dia sepatutnya menjalani hukuman lapan tahun namun hukumannya dikurangkan kerana rekod disiplin yang baik. FOTO: Bernama.

  • Ameng Penjara 3

    Ameng bersalaman dengan pegawai penjara selepas dibebaskan dari Penjara Kluang, Johor pada 14 Jun 2016 akibat kes penyalahgunaan dadah. Ameng ditahan selama lima tahun di penjara itu. FOTO: Bernama

  • Ameng Penjara 4

    Sesuatu yang paling bermakna. Hari ini, 14 Jun 2016, Ameng bukan lagi seorang banduan sebaliknya dia dapat menjalani kehidupan seperti orang awam lain. Kelihatan Ameng bersama isterinya, Sabariah Zakaria dan anak mereka Wan Ahmad Haizal.

  • Ameng Penjara 5

    Isteri Ameng iaitu Sabariah Zakaria tidak dapat menahan sebak ketika menemui suaminya, Ameng selepas penyanyi itu dibebaskan dari Penjara Kluang pada 14 Jun 2016. Turut kelihatan anak mereka, Wan Ahmad Haizal yang berusia sembilan tahun. FOTO: Bernama.

x
(Ubah saiz teks)

DIKEMAS KINI

PETALING JAYA: Isteri kepada Ameng (Spring) berkata, hatinya sebak selepas bertemu dengan suaminya itu pada Selasa yang kini tidak lagi bergelar seorang banduan.

Sabariah Zakaria, 46, berkata, biarpun kerap kali datang menziarahi suaminya itu, namun hari ini adalah saat yang cukup istimewa kerana Ameng sudah bebas daripada menjadi tahanan dalam penjara.

"Hari ini saya datang awal ke penjara dan perasaan berdebar-debar untuk menanti dia dibebaskan. Perasaan sukar untuk digambarkan kerana ini saat yang paling saya tunggu.

"Saya rasa sebak kerana dulu saya datang hanya untuk melawat sahaja dan hari ini saya dapat bawa dia balik ke rumah bersama," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Selasa.

Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 47, dibebaskan dari penjara Kluang pada 12.30 tengah hari pada Selasa selepas lima tahun ditahan di penjara itu.

Dia dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dikenakan 10 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 12 April 2011 kerana kesalahan penyalahgunaan dadah.

Bagaimanapun hukuman itu dipendekkan atas disiplin dan contoh terbaik yang ditunjukkannya.

Selain Sabariah, anak mereka iaitu Wan Ahmad Haizal (9 tahun) turut bersama.

Tambah Sabariah, dia berharap selepas pembebasan tersebut mereka sekeluarga dapat memulakan kehidupan baharu.

"Insya-Allah kami akan mulakan hidup baru dan mempunyai beberapa perancangan bersama keluarga yang tidak dapat dilakukan sebelum ini.

"Saya juga bersyukur Ramadan kali ini lebih bermakna buat saya dan anak kerana dapat meraikannya bersama-sama seperti keluarga lain," ujarnya.

Selain itu, Sabariah berkata, dia bakal menguruskan kerjaya Ameng sebegai penyanyi dengan beberapa perancangan yang sudah diatur termasuk konsert Tiga Suara tidak lama lagi.

Dalam pada itu Ameng berkata, pengalamannya berada dalam penjara banyak mengajarnya erti sebuah kehidupan.

Namun dia paling terharu kerana selama tempoh dipenjarakan, isterinya tetap setia bersamanya dan kerap menjenguknya di penjara itu.

"Hidup dan mati saya selepas ini adalah untuk keluarga. Cukuplah Ameng yang dulu," katanya.
Tags / Kata Kunci: Ameng

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan