Penubuhan KITA Dapat Satukan Kelab Peminat Artis

Diterbitkan: Isnin, 13 Jun 2016 12:35 AM

Antara artis yang hadir beri sokongan kepada penubuhan KITA.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penubuhan Kelab Interaksi Artis (KITA) dilihat dapat menyatukan semua kelab peminat di bawah satu bumbung dalam mewujudkan sokongan terhadap selebriti tempatan tanpa mengambil kira sentimen favoritism.

Presiden KITA, Zaisuria Darus berkata, idea penubuhan kelab berkenaan tercetus selepas melihat ada kalangan peminat yang gemar bertelagah demi mempertahankan artis kesayangan masing-masing di laman sosial.

Jelasnya, situasi tidak sihat itu tidak sepatutnya berlaku kerana peminat sepatutnya menunjukkan sokongan kepada semua selebriti agar industri seni dapat membangun dengan lebih baik.

"Kejadian peminat artis bertelagah di laman sosial tengang isu remeh temeh sering berlaku dan ia sebenarnya satu situasi tidak sihat dikalangan peminat industri seni.

"Melihat kepada keadaan itu KITA ditubuhkan untuk menyatukan semua kelab peminat dan artis agar dapat saling menyokong dan bukannya mewujudkan kebencian," katanya kepada mStar Online.

didie Alias antara artis yang terlibat dalam projek KITA.

Zaisuria berkata demikian ketika ditemui pada majlis Ihya Ramadan Selebriti KITA di Akademi Kenegaraan di sini, Sabtu lalu.

Seramai 50 selebriti termasuk pelakon, penyanyi, penyampai radio dan pengacara hadir bagi memeriahkan acara berkenaan bersama hampir 200 peminat.

Dalam pada itu, Zaisuria berkata, setakat ini KITA mempunyai 13 kelab artis yang sudah pun menyertai selain ada beberapa lagi menunjukkan minat.

Pihaknya sentiasa terbuka sekiranya ada mana-mana kelab peminat untuk menyertai KITA kerana ia dapat memeriahkan lagi aktiviti yang bakal diadakan.

"Jujurnya KITA masih baharu dan Alhamdulillah tidak sampai tempoh sejam kami membuka permohonan ramai yang mahu menyertai dan kami lihat ini perkembangan baik," katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai program bantuan gelandangan yang diadakan bersama peminat dan selebriti, Zaisuria menyifatkan ia sebagai satu kejayaan apabila ramai selebriti mengambil peluang untuk menyertai program berkenaan.

Katanya, sebanyak dua lokasi dipilih iaitu Dataran Merdeka dan Puduraya bagi memberi sumbangan berupa set penjagaan diri seperti sabun, berus gigi dan pencuci muka.

Wilma.

"Syukur Alhamdulillah program pertama KITA berjalan lancar bermula dengan acara berbuka puasa, solat berjemaah dan seterusnya beramai-ramai membantu golongan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur.

"Jelas peminat dan artis daripada pelbagai kelab peminat dapat bekerjasama dan semangat ini yang kami mahukan," ujarnya.

Antara artis yang hadir memberi sokongan ialah Didie Alias, DJ Lin, Sabhi Saddi, Reen Rahim, Wilma, Fizz Fairuz, Almy Nadia, Syazwan Zulkifly, Afzan, Nazrief Nazri.

Zaisuria turut berkata, aktiviti KITA tidak akan terhenti setakat bulan Ramadan sahaja sebaliknya merancang untuk mengadakan sekurang-kurangnya satu program setiap bulan.

Jelasnya, dengan cara itu ia dapat mengeratkan lagi ukhwah di kalangan ahli-ahli kelab peminat yang turut melibatkan selebriti tempatan.

"Insya-Allah, pada hari raya nanti kami akan adakan rumah terbuka selain beberapa program yang sedang dirancang termasuk bersempena bulan kemerdekaan pada Ogos.

Dalam perkembangan sama, pelakon dan pengacara Didie Alias melihat penganjuran aktiviti seperti ini dapat menyatukan semua artis bersama peminat.

Malah kata Didie, dia juga terkejut apabila program Ihya Ramadan Selebriti KITA turut mendapat sokongan ramai artis tempatan meskipun ia pertama kali diadakan.

"Alhamdulillah saya lihat acara ini meriah dengan kehadiran selebriti yang sama-sama melibatkan diri dan membantu golongan kurang bernasib baik.

"Usaha pertama kali ini wajar dipuji dan diteruskan pada masa hadapan kerana ia dapat merapatkan hubungan artis dan peminat," jelasnya.
Tags / Kata Kunci: KITA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan