Awi Rafael Idam Wanita Desa Jadi Calon Isteri

Diterbitkan: Isnin, 13 Jun 2016 5:45 AM

Awi Rafael ingin rasai kehidupan di kampung.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Penyanyi kelahiran Singapura, Awi Rafael memberitahu dia sudah bersedia untuk mengakhiri zaman bujang sekiranya bertemu dengan calon yang sesuai dijadikan isteri iaitu orang kampung.

Awi Rafael atau nama sebenarnya Muhammad Nabawi Gunawan, 29, berkata, sebagai lelaki, gadis kampung adalah ciri-ciri wanita yang dihajatinya.

“Pada usia sekarang, tipulah kalau saya tidak fikirkan soal jodoh biarpun berstatus single. Kalau ditanya wanita bagaimana yang saya cari, saya mahukan gadis desa yang penuh ciri kesantunan dan kalau boleh biarlah ia berasal dari Malaysia," ujarnya kepada mStar Online.

Mengulas tentang calon isteri, Awi berkata, dia mengimpikan untuk merasai kemeriahan tinggal dan berehat di kampung yang mampu mententeramkan jiwanya.

Awi Rafael turut memeriahkan acara Jelajah Anugerah Juara Lagu 28.
Awi Rafael.
“Sebelum ini saya banyak merantau sehingga ke luar negara dan melihat banyak gaya hidup serta latar belakang budaya yang berbeza.

"Tujuh tahun berkarya sepenuh masa di Malaysia, jiwa saya memang selesa di sini, apatah lagi saya mempunyai ramai sanak-saudara di Pontian, Johor.

“Sejujurnya merantau banyak mematangkan diri saya dan pada satu tahap saya impikan ketenangan dalam hidup sehingga terdetik mahu mencari pasangan dari kampung yang berasal dari Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Awi turut berkongsi khabar gembira atas pembukaan sebuah restoran perkongsian miliknya Timbre @ The Row yang merupakan cawangan pertama di Malaysia selain mempunyai sembilan cawangan lain di Singapura.

Timbre @ The Row merupakan sebuah restoran berkonsepkan muzik yang mula beroperasi pada penghujung tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Awi memberitahu dia mempertaruhkan 10 buah lagu menerusi album terbarunya 'Euforia', dua daripadanya adalah lagu berbahasa Inggeris.

“Euforia bermaksud gambaran perasaan gembira, tenteram, tenang, nyaman dimana ianya amat berkait rapat dengan personaliti saya sendiri maka album ini diberi judul tersebut.

"Ini merupakan album ketiga saya di mana saya sudah enam tahun bersama label Warner Music Malaysia," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Awi Rafael

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan