Bergelar Guru, Tasha Manshahar Tak Tinggalkan Bidang Seni

Diterbitkan: Ahad, 12 Jun 2016 6:00 AM

Tasha Manshahar akan tetap meneruskan karier nyanyian meskipun bakal memulakan tugasnya sebagai guru disebuah sekolah di Melaka bermula Isnin ini. Foto CHAN TAK KONG

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Tasha Manshahar tidak akan meninggalkan bidang nyanyian selepas bakal memulakan kariernya sebagai guru bermula 13 Jun ini.

Pemilik nama sebenar Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar, 23, ini berkata, dia tidak melihat sebarang halangan untuknya meneruskan kedua-dua bidang tersebut asalkan dia mempunyai kemahuan dan bijak membahagikan masa.

"Alhamdulillah enam bulan menanti untuk ditempatkan sebagai guru akhirnya terjawab kerana saya akan memulakan tugas bermula 13 Jun ini.

"Saya tidak rancang untuk tinggalkan bidang nyanyian sebaliknya akan teruskan tambahan pula album solo pertama saya bakal dilancarkan tidak lama lagi," katanya kepada mStar Online.

Tasha berkata demikian ketika ditemui pada majlis rakaman program Melodi Raya di Hotel Royale Chulan di sini, Jumaat.

Penyanyi itu bakal memulakan tugasnya di sebuah sekolah rendah di Melaka dan akan mengajar subjek Bahasa Inggeris.

Dalam pada itu, Tasha berkata, walaupun teruja dengan tugas baharunya itu namun dia tetap berasa bimbang kerana ini adalah kali pertama dia berjauhan dengan keluarganya.

Tasha bakal melancarkan album pertamanya selepas Hari Raya. 

Malah katanya, ibu bapanya adalah insan paling sedih apabila dia bakal berpindah ke Melaka.

"Alhamdulillah rumah sewa pun sudah dapat cari tetapi sedih sedikit kerana perlu berjauhan dengan keluarga.

"Saya paling lama pernah berpisah dengan mereka pun dalam 30 minit tetapi tidak mengapa ini adalah fasa baharu dalam hidup saya.

"Cuma ibu bapa saya paling terkesan untuk berjauhan dengan anak mereka ini," katanya.

Sementara itu, Tasha berkata, album solo pertamanya akan dilancarkan selepas sambutan Aidilfitri dan album yang memuatkan enam buah lagu itu sudah pun siap sepenuhnya.

Kata Tasha, biarpun tidak dapat berada di Kuala Lumpur namun pihak syarikat rakamannya telah merancang pelbagai bentuk promosi terutamanya menerusi medium laman sosial.

"Insya-Allah selepas habis mengajar pada hari Jumaat saya akan balik ke Kuala Lumpur untuk promosi album dan menghadiri undangan persembahan.

"Malah promosi album juga boleh dibuat menerusi laman sosial dan ia lebih cepat dan mudah," katanya.

Tags / Kata Kunci: Tasha Mansahar , Melodi Raya

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan