Wan Imar Dedikasi 'Pinggiran Syurga' Buat Arwah Bapa

Diterbitkan: Sabtu, 11 Jun 2016 2:19 PM

Wan Imar mengdedikasikan single pertamanya, Pinggiran Syurga buat Allahyarham bapanya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang meninggal dunia pada awal Mei lalu. Foto Ihsan KRU MUSIC

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi baharu KRU Music iaitu Wan Imar tampil dengan single pertama berjudul Pinggiran Syurga sebagai tribute kepada bapanya, bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terlibat dalam tragedi nahas helikopter pada awal Mei lalu.

Wan Imar atau nama sebenarnya Wan Immar Izzat, 25, berkata, lagu berkenaan mengisahkan tentang kerinduan seorang anak terhadap ayah tercinta yang telah pergi buat selama-lamanya.

"Ia bukan sahaja tentang kerinduan seorang anak tetapi liriknya adalah doa dan ingatan kepada bapa.

"Alhamdulillah kerjasama dengan komposer Edry Abdul Halim merialisasikan hasrat saya untuk menghasilkan sebuah lagu tribute kepada Allahyarham," katanya.

Terdahulu Wan Mohammad Khair-il meninggal dunia selepas terlibat dalam nahas helikopter di kawasan Sebuyau, Sarawak ketika dalam penerbangan dari Betong ke Kuching.

Gambar kenangan Wan Imar bersama bapanya ketika kecil.

Lima lagi mangsa yang turut nahas dalam insiden berkenaan termasuk Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Dr Sundaran Annamalai.

Dalam pada itu, Wan Imar berkata, bapanya itu yang mengaturkan pertemuannya bersama Datuk Norman Abdul Halim bagi sesi ujibakat untuk bergelar penyanyi sebelum diterima sebagai artis rakaman KRU Music.

Bagaimanapun katanya, dia terkilan apabila Allahyarham tidak sempat untuk melihatnya melangkah lebih jaduh di dalam industri muzik kerana bapanya adalah pendorong utamanya.

"Lebih kurang dua bulan sebelum tragedi, bapa mengaturkan pertemuan dengan KRU Music untuk sesi ujibakat kerana yakin dengan bakat saya sebagai penyanyi.

"Alhamdulillah saya diterima sebagai artis syarikat rakaman berkenaan tetapi saya terkilan kerana bapa tidak sempat untuk melihat dan mendengar lagu baharu saya," katanya.

Pinggiran Syurga turut dilancarkan bersempena sambutan Hari Bapa yang bakal disambut pada 19 Jun nanti.

Rakaman video muzik Pinggiran Syurga juga telah pun disiapkan dan boleh mula ditonton di laman YouTube KRU Music mulai Sabtu.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan