Lima Artis Nasyid Bergabung Dalam 'Tahmid Lebaran'

Diterbitkan: Sabtu, 11 Jun 2016 5:30 AM

Siso (duduk dua dari kanan) bersama wakil kumpulan nasyid yang terlibat dalam lagu Tahmid Lebaran.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lima artis nasyid mencipta satu kelainan sempena Syawal pada tahun ini apabila mereka bergabung untuk menghasilkan sebuah lagu Hari Raya iaitu Tahmid Lebaran.

Lima artis berkenaan ialah kumpulan Inteam, Rabbani, Raihan, Hijjaz, Fareast dan Lah Ahmad.

Komposer dan penulis lagu itu Siso berkata, gabungan artis-artis berkenaan cukup kuat untuk memastikan lagu tersebut menjadi malar segar seperti karya-karya yang pernah dia hasilkan.

“Saya percaya dengan gabungan artis-artis nasyid ini, lagu Tahmid Lebaran akan menjadi karya evergreen seperti yang pernah saya hasilkan sebelum ini,” katanya kepada mStar Online pada pelancaran lagu berkenaan di Restoran Puteri di sini.

Siso sebelum ini pernah menulis lagu Hari Raya antaranya  Nazam Lebaran nyanyian Datuk Siti Nurhaliza dan Manis-Manis Lebarannyanyian artis-artis Suria Records dengan menggunakan nama Nurul Asyiqin.

Ujar Siso, dia percaya lagu itu mampu untuk kekal menjadi karya malar segar kerana elemen kemelayuannya yang kuat.

Dalam pada itu menceritakan mengenai karya tersebut Siso berkata, Tahmid Lebaran dapat menambah nilai keinsafan dan penghayatan terhadap Ramadan selain mendidik untuk menyambut Aidilfitri dengan penuh kesyukuran.

Lagu terbitan Inteam Records itu turut dikuatkan dengan alunan rebana oleh Din Besi dan Akordian daripada Wan Salehuddin.

Tahmid Lebaran dijangka menjadi lagu “evergreen” kerana keupayaannya mencipta karya yang diingati seperti yang pernah dihasilkannya sebelum ini.


Tags / Kata Kunci: Tahmid Lebaran , Siso

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan