Mizz Nina Gembira Diterima Sebagai Penyajak

Diterbitkan: Sabtu, 11 Jun 2016 6:00 AM

Mizz Nina kini lebih selesa bersajak yang turut menyelitkan elemen rap.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengacara Mizz Nina berasa gembira apabila bacaan puisi dan sajak dengan elemen rap yang disampaikannya mula mendapat perhatian dan maklum balas positif penonton.

Mizz Nina atau nama sebenarnya Syazrina Azman, 36, berkata, percubaan itu bagi memberi kelainan dalam menyebarkan mesej dan dakwah kepada masyarakat.

"Pengalaman saya dalam bidang rap, saya anggap sebagai satu kelebihan dalam saya persembahkan puisi atau sajak saya kerana dengan cara itu saya lebih menghayati.

"Alhamdulillah pendekatan bersajak atau berpuisi sambil menyelitkan rap mendapat maklum balas positif dan saya lega kerana ia mula diterima baik.

"Sebelum ini saya memang tidak pernah mencuba bacaan puisi atau sajak tetapi ia sebenarnya menyeronokkan dan cara mudah untuk menyampaikan mesej atau dakwah," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Mizz Nina berkata, dia kini lebih selesa melibatkan diri dengan program berpuisi atau sajak selepas mengambil keputusan untuk tidak lagi menyanyi.

Malah dia juga banyak menerima undangan mempersembahkan sajaknya dan terharu apabila mula diiktiraf sebagai penyajak walaupun masih baharu dalam bidang itu.

"Saya sendiri tidak sangka akan terlibat dalam bidang ini tetapi selepas melakukannya saya dapati ia adalah sesuatu yang menyeronokkan.

"Saya juga terharu ketika muncul dalam sebuah program baru-baru ini pengerusi majlis memperkenalkan saya sebagai penyajak dan bukannya selebriti atau pun penyanyi," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Mizz Nina

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan