"Kek RM50,000 Termasuk Jam Tangan Rolex" - Rafidah Ibrahim

Diterbitkan: Jumaat, 10 Jun 2016 5:52 AM

Rafidah ketika majlis sambutan hari jadinya di The Row, KL.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Rafidah Ibrahim menjelaskan kek hari jadinya yang ke 30 tahun bernilai RM50,000 adalah termasuk jam tangan yang dihias bersama kek berkenaan.

Fida atau nama sebenarnya Rafidah, 30, berkata, jam tangan jenama Rolex itu berharga lebih RM40,000 dan ia merupakan hadiah daripada rakan-rakan perniagaannya yang menganjurkan majlis sambutan ulang tahun berkenaan pada 4 Jun lalu.

"Nilai kek RM50,000 itu termasuk harga jam yang dihias di atas kek tersebut, jam jenama Rolex itu hadiah istimewa daripada kawan-kawan rapat dan rakan kongsi bisnes saya.

"Manakala kek istimewa seberat 20 kilogram yang dihasilkan oleh Datuk Fazley Yaakob itu juga agak mahal dan eksklusif," ujarnya kepada mStar Online.

Rafidah berkata demikian ketika diminta mengulas tentang foto sambutan hari jadinya yang diadakan di The Row, dekat sini dikatakan menjadi kontroversi apabila ia menelan belanja tinggi dengan kek sahaja berharga RM50,000.

Kek yang dikatakan bernilai RM50,000 pada hari jadi Rafidah Ibrahim.

Tambahnya, dia sambutan besar-besaran pada ulang tahun kelahirannya itu dibuat tanpa pengetahuannya.

"Saya sendiri tidak tahu mereka buat kejutan tersebut kerana pada asalnya saya diberitahu untuk menghadiri majlis pertunjukkan fesyen sahaja.

"Hampir 100 orang tetamu termasuk rakan-rakan artis dijemput memeriahkan majlis itu. Mereka juga hadiahkan saya dengan persembahan daripada kumpulan muzik kegemaran saya iaitu 6ixth Sense," ujarnya.

Dalam pada itu, Rafidah berkata, majlis bernilai hampir RM100,000 itu dianjurkan semata-mata untuk meraikan dan menghargai penat lelahnya dalam bidang perniagaan.

"Pada asalnya saya agak terkejut dan marah apabila mereka beritahu majlis tersebut cecah RM100,000 tapi bila mereka jelaskan tujuan sebenarnya saya terpaksa akur.

"Mereka hanya mahu saya gembira pada hari jadi ke 30 ini setelah penat bekerja menguruskan perniagaan," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang bisnes kosmetik Rsecrets, Rafidah berkata, dia bakal membuka sebuah kilang kosmetiknya sendiri di Melaka.

Sambutan mengalakkan terhadap produk pertama iaitu serum membuatkan dia yakin untuk melakukan pelaburan lebih besar lagi dalam bidang kecantikan.

"Tahun lalu saya hanya mengedarkan produk serum dan Alhamdulillah permintaan tinggi sehingga keuntungan tersebut saya boleh buat pelaburan membuka sebuah kilang.

"Insya-Allah, rancangan saya untuk melancarkan set penjagaan kulit sendiri tidak lama lagi," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Rafidah Ibrahim

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan