Hafidz Roshdi Beri Amaran Pemilik Instagram Palsu Isterinya

Diterbitkan: Khamis, 9 Jun 2016 6:01 AM

Hafidz belum rancang ambil tindakan kepada individu buat akaun palsu isterinya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Hafidz Roshdi memberi amaran kepada pihak yang mewujudkan sebuah akaun Instagram palsu menggunakan nama isterinya iaitu Nurul Shuhada dengan tujuan tertentu.

Hafidz atau nama sebenarnya Mumammad Hafidz Roshdi, 22, berkata, dia menyedari tentang kewujudan akaun palsu tersebut tiga hari selepas mereka berumah tangga.

"Saya sedar ada akaun palsu yang menggunakan nama dan gambar-gambar isteri saya tiga hari selepas kami berkahwin. Saya tidak tahu apa tujuan mereka membuat akaun tersebut.

"Saya menghantar mesej peribadi ke akaun tersebut dan memberi amaran supaya mereka menutup akaun itu dan tidak mencuri gambar-gambar isteri saya dengan tujuan tertentu," ujarnya kepada mStar Online.

Hafidz ditemui pada majllis F&N Syukur Selalu di Sri Pentas, di sini, Rabu.

Hafidz sah bergelar suami kepada Nurul Shuhada Mat Shukri pada 30 April lalu di kediaman wanita tersebut di Perlis.

Akaun palsu yang menggunakan nama isteri Hafidz.

Tambah Hafidz, setelah menerima teguran berkenaan, inidvidu tersebut menukar profil akaun kepada kelab peminat Nurul Shuhada.

Akaun yang kini menggunakan nama profil kepada @shue.suhada itu sudah memiliki seramai 41.4 ribu pengikut dan mempunyai kira-kira 43 foto peribadi mereka.

"Saya sudah selidik bahawa individu yang menguruskan akaun itu adalah lelaki dan katanya dia minat kepada isteri saya dan ingin menubuhkan kelab peminat.

"Saya tidak tahu apa sebenarnya niat individu tersebut dan hanya bersangka baik sahaja. Setakat ini dia hanya ambil gambar-gambar isteri saya yang saya dan rakan-rakan baiknya muat naik di laman sosial," ujarnya.

Hafidz dan isterinya menjalani kehidupan berumah tangga dengan bahagia.

Jelas Hafidz, setakat ini dia tidak mahu mengambil apa-apa tindakan selagi belum ada perkara yang memudaratkan atau menjatuhkan maruah keluarganya.

Bagaimanapun dia sentiasa memantau perkembangan Instagram berkenaan dari semasa ke semasa.

"Tiada apa-apa rancangan untuk ambil tindakan kerana saya dan isteri hanya fikir positif sahaja selagi dia tidak menjejaskan kemanana dan maruah kami tidak mengapa.

"Tapi saya sentiasa memantau akaun itu dan melihat apa yang gambar dan komen yang dimuat naik," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Hafidz berkata, sepanjang bulan Ramadan ini dia tidak mengambil sebarang tawaran berlakon drama.

Dia menggunakan peluang ini untuk bersama keluarga dan hanya menghadiri aktiviti-aktiviti amal dan majlis berbuka puasa.

"Saya rehat sepanjang Ramadan ini untuk meluangkan masa bersama keluarga. Namun saya banyak aktiviti dengan pihak TV3 dan menghadiri jemputan berbuka puasa," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Hafidz Roshdi

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan