"Hanya Salah Faham" - Pengarah Jawab Rasa Bengang Shah Rezza

Diterbitkan: Rabu, 8 Jun 2016 6:00 AM

Rozita Che Wan sebagai hos rancangan Teh Tarik Che Ta.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah rancangan Teh Tarik Che Ta, menjelaskan terdapat salah faham antara pihak produksi dengan Datuk Seri Shah Rezza pada rakaman program tersebut sehingga membuatkan aktor itu meninggalkan lokasi penggambaran.

Yusmal Ghazali, berkata, tiada mana-mana artis yang datang lambat ke rakaman program raya berkenaan sebaliknya semua artis diberi call time iaitu pukul 9.30 malam untuk sesi rakaman.

"Tiada artis terlambat pun pada sesi rakaman itu kerana saya bagi masa call time pukul 9.30 malam lepas solat Isyak sebab saya faham ada yang ingin mengerjakan solat Terawih.

"Jadi saya bagi masa mereka sama ada untuk datang ke lokasi pada pukul 5 petang bagi yang ingin buat soundcheck  dan latihan.

"Bagi yang sudah biasa menyanyi seperti Maya Karin dan Farahdhiya mereka tidak perlu ke sesi latihan itu," ujarnya kepada mStar Online.

SILA KLIK: Shah Rezza Bengang Sikap Diva Seorang Artis Lewat 2 Jam Ke Lokasi


Yusmal (tengah) bersama Rozita Che Wan (kiri) dan Ifa Raziah semasa rakaman Teh Tarik Che Ta.

Yusmal berkata demikian ketika mengulas laporan mStar Online pada Selasa tentang dakwaan Datuk Seri Shah Rezza terhadap seorang artis yang dikatakan datang lewat ke lokasi.

Kelewatan tersebut membuatkan beliau membuat keputusan untuk tidak terlibat dalam sesi rakaman berkenaan.

Shah Rezza turut meluahkan rasa tidak puas hati di laman Instagram miliknya.

Program bual bicara itu diterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd yang memasuki musim kedua tayangkan.

Teh Tarik Che Ta yang dihoskan oleh Rozita Che Wan bersiaran di TV1 pada setiap Ahad pukul 12.30 tengah hari.

Dalam pada itu tambah Yusmal, dia juga terkejut apabila Shah Rezza meminta untuk menarik diri pada saat-saat akhir sebelum rakaman bermula atas alasan masalah kesihatan.

"Saya tidak tahu beliau terasa hati terpaksa menunggu lama kerana saya diberitahu dia meminta untuk balik kerana kurang sihat.

"Saya beritahu dia kenapa tidak beritahu awal dan pihak kami juga tidak mahu memaksa, malah boleh mencari pengganti tempatnya," ujar Yusmal.

Shah Rezza tarik diri dari rakaman program kerana artis lambat.

Yusmal berkata, pihaknya cuba mencari pengganti namun gagal dan terpaksa membuat sedikit pengubahsuaian terhadap lirik dan lagu yang sepatutnya dinyanyikan oleh Shah Rezza.

"Kami cuba cari pengganti dan hubungi Nash tapi dia pun tidak lapang. Akhirnya saya buat keputusan tidak perlu cari orang lain dan hanya ubah semula skrip sahaja," ujarnya.

Tambahnya antara artis yang terlibat pada rakaman tersebut ialah Maya Karin, Farahdhiya, Dafi, Raja Ilya, Abam (Bocey), Fadh (Bocey), Keena (Mentor), Zain Saidin, dan Chef Yang Jamil.

Program sempena Hari Raya ini bakal disiarkan pada Hari Raya kedua di TV2.
Tags / Kata Kunci: Teh Tarik Che Ta

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan