Subi Dilantik Pengurus Besar Program Suria FM

Diterbitkan: Rabu, 8 Jun 2016 5:30 AM

Halim Othman (kanan) kini mengendalikan segmen Ceria Pagi selepas Adibah Noor tamat kontrak dengan stesen radio Suria FM.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Personaliti radio iaitu Subarma Moktaruddin dilantik sebagai Pengurus Besar Program stesen Suria FM berkuatkuasa Selasa.

Subarma atau lebih dikenali sebagai Subi diberi tanggungjawab untuk melakukan penambahbaikan stesen radio itu selain mengatur strategi agar Suria FM berjaya meningkatkan jumlah pendengar.

Subi yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang penyairan radio berkata, antara langkah pertama yang akan dilakukannya ialah melakukan perubahan lagu-lagu yang bakal dimainkan stesen itu.

"Tindakan pertama saya ialah untuk menyusun semula lagu-lagu kepada muzik era tahun 2000 agar ia lebih segar dan dekat dengan pendengar,” katanya kepada mStar Online.

Beliau sebelum ini pernah berkhidmat dengan Suria FM dan jawatan terakhirnya ialah pengarah rancangan sebelum berhijrah ke Jakarta, Indonesia pada  2012 untuk menjadi perunding bagi stesen radio di negara itu.

Subi

Beliau juga adalah antara penyampai terawal untuk Era FM dan Sinar FM milik Astro.

Dalam pada itu Subi berkata, selain soal pemilihan lagu, sasarannya dalam melakukan perubahan ialah membentuk cara penyampaian juruhebah yang akan tampil berbeza selain beberapa segmen baharu akan diperkenalkan.

Tambahnya, semasa mengetuai bahagian program stesen itu pada 2008, beliau menekankan lagu pada era 1990-an dan trend itu perlu diubah bersesuaian dengan usia pendengar stesen berkenaan antara 24 tahun hingga 34 tahun.

Sementara itu ditanya mengenai pengganti Adibah Noor dan Baki Zainal yang telah menamatkan kontrak di stesen berkenaan Subi berkata, ketika ini ada beberapa senarai penyampai yang akan mengambil tempat pasangan itu menerusi segmen Ceria Pagi.

Ujarnya buat masa ini program berkenaan dikendalikan oleh Halim Othman.

"Setakat ini ada beberapa nama yang akan mengendalikan segmen itu tetapi saya belum dapat untuk mengesahkannya. Pengumuman rasmi mengenai perkara itu akan dimaklumkan kemudian,” ujarnya.

Suria FM adalah salah sebuah stesen radio milik Star Media Group Berhad.
Tags / Kata Kunci: Subi , Suria FM

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan