Siti Nurhaliza Terdetik Jual Kuih Depan Rumah

Diterbitkan: Rabu, 8 Jun 2016 5:45 AM

Datuk Siti Nurhaliza Tarudin

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza berkata, kerinduan menjual kuih pada zaman remaja menyebabkan hatinya pernah terdetik untuk membuka gerai menjual kuih di hadapan rumahnya di Ampang, dekat sini pada bulan Ramadan.

Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Taruddin, 37, berkata, perasaan sebegitu timbul memandangkan dia bersama adik-beradiknya pernah berniaga kuih-muih di bazar Ramadan sambil menyaksikan kemeriahan orang ramai mencari juadah berbuka.

"Tidak dinafikan sesekali datang perasaan rindu nak berniaga seperti dulu apatah lagi pembantu rumah saya sememangnya pakar memasak dan berkebolehan membuat kuih-muih.

“Perkara ini membuatkan hati saya beberapa kali terdetik nak membuka sebuah gerai kecil-kecilan menjual kuih-muih di depan rumah sekarang ini.

"Tetapi tidak pula saya suarakan hasrat itu kepada suami, sekadar terniat di hati sendiri,” kata Siti Nurhaliza kepada mStar Online.

Siti mengakui berasa rindu untuk berniaga seperti yang pernah dilakukannya ketika zaman remaja. 
Menurut Siti, disebabkan kesibukan kerjayanya, maka dia terpaksa memendam perasaan berkenaan.

Bagi melepaskan rindu suasana lampaunya Siti akan ke bazaar Ramadan bagi mencari makanan dan kuih kegemarannya seperti karipap, apam balik dan ayam percik.

Siti menjelaskan sekali pun ke bazar Ramadan dianggap satu terapi kerana dapat melihat juadah di hadapan mata, dia terpaksa membataskan keinginan itu kerana mudah timbul rasa kesian dan serba salah apabila ramai peniaga mula memanggilnya membeli juadah di gerai mereka.

“Suatu ketika kita pernah berada di tempat mereka dan saya faham perasaan mereka amat mengharapkan kita membeli di gerai mereka.

"Bagi mengelakkan rasa serba-salah itu, saya hadkan waktu ke bazar Ramadan.

"Paling tidak saya hanya tunggu di kereta dan sesekali membuka tingkap menegur makcik-makcik berniaga,” ujar Siti.

Menurut Siti, selama berpuasa di Kuala Lumpur dia sukar mendapatkan sejenis kuih kegemaran iaitu karipap sira pedas yang lazimnya ditemui di bazar-bazar di kampungnya di Kuala Lipis, Pahang.

Sebagai ganti, dia hanya akan membeli popia berinti pedas kerana rasanya seakan-akan sama, cuma tidak sesedap karipap sira pedas yang diidamkan.

Bercerita tentang kerjaya seni, biarpun masih dalam tempoh beristirehat menyertai aktiviti berbentuk nyanyian, Siti sempat merakamkan sebuah lagu Hari Raya bersama komposer Pak Ngah Suhaimi berjudul Hari Kemenangan.

"Kami sangat teruja bila dapat bekerjasama semula setelah 10 tahun.

"Istimewanya lagu raya kali ini, kami sepakat tidak lagi mahu gunakan bait-bait klise seperti ketupat lemang, juadah, bertandang dan sebagainya tetapi liriknya lebih berat namun masih sesuai untuk suasana hari raya," katanya.

Tags / Kata Kunci: Siti Nurhaliza

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan