Buku Resipi Fazley Yaakob Menang Anugerah Antarabangsa

Diterbitkan: Selasa, 7 Jun 2016 5:07 PM

Fazley melancarkan buku resipinya di Paris pada Oktober lalu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Fazley Yaakob mendapat tempat pertama apabila buku resipinya My Sucre Story memenangi pertandingan buku resepi antarabasangsa, The World Gourmand Cookbook Awards, yang diumumkan di Yantai, China pada 29 Mei lalu.

Fazley dalam satu kenyataan media memaklumkan, pertandingan itu dianjurkan oleh Gourmand International, Barcelona, Sepanyol di mana hampir 205 buah negara bertanding.

Buku yang mengandungi sebanyak 35 resipi itu menjuarai kategori Best Recipe Book by a TV Personality outside Europe (Buku Resipi Terbaik dari Personaliti TV luar Eropah) mengalahkan Ana Maria Braga dari Brazil dan juga Judy-Ann Santos Agoncillo dari Filipina.

Ketiga-tiga mereka adalah selebriti cef  terkenal di negara masing-masing.

Pertandingan “Gourmand World Cookbook Awards” bermula pada tahun 1995 yang memberi pengiktirafan kepada chef-chef dari seluruh pelusuk dunia yang menghasilkan buku-buku resipi unik dan berkualiti.

Pengumuman pertandingan buku resipi ini kerap diadakan di kota Paris, Frankfurt dan juga Barcelona, Sepanyol.

Pada tahun 2006, Kuala Lumpur pernah menjadi tuan rumah untuk acara berprestij berkenaan.

Antara resipi-resipi yang diketengahkan dalam buku “My Sucre Story” adalah Rendang Uwan, Daging Masak Lemak Cili Api, Madagascar Vanilla Creme Brulee, Popcorn Macaron dan Puteri Mandi.

Antara resipi dalam buku itu ialah warisan makanan Negeri Sembilan, tempat lahir beliau.

Buku berkenaan juga memuatkan resipi-resipi moden dan manisan-manisan dari Perancis untuk cita rasa anak muda yang ingin cuba memasak dan membuat kek kali pertama.

Pada 30 April lalu, Fazley turut memenangi Cef Selebriti Pilihan Online, Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) anjuran mStar Online yang menyaksikan kehebatannya dalam bidang masakan.

Tags / Kata Kunci: Fazley Yaakob

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan