Ezzaty Dekatkan Diri Kepada Allah Sebelum Nikah Azwan Kombos

Diterbitkan: Selasa, 7 Jun 2016 5:30 AM

Ezzaty Abdullah sudah sedia jadi isteri Azwan Kombos.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Ezzaty Abdullah memberitahu salah satu persiapanya sebelum mendirikan rumah tangga dengan aktor Azwan Kombos ialah dengan mendekatkan diri kepada Allah.

Ezzaty, 26, berkata, perkara itu merupakan nasihat orang tuanya yang mahu dia menjadikan Islam sebagai asas kepada keharmonian rumah tangga yang akan dibina tidak lama lagi.

"Perasaannya tinggal sebulan sahaja sebelum menjadi isteri sukar untuk digambarkan bagaimana dan Insya-Allah saya ingin dekatkan diri kepada Allah.

"Sebulan ini iaitu sepanjang bulan Ramadan saya juga tidak ambil tawaran berlakon untuk berehat di rumah dan buat persiapan akhir sebelum kahwin," ujarnya kepada mStar Online.

Ezzaty berkata demikian ketika diminta mengulas tentang persiapan dirinya dalam menempuh alam rumah tangga bersama pelakon Azwan Kombos.

Ezzaty dan Azwan Kombos bakal berkahwin pada Syawal ini, namun belum bersedia dedah tarikh sebenar.

Pasangan ini merancang untuk mengadakan majlis akad nikah pada bulan Syawal depan.

Tambah Ezzaty, mengenai persiapan majlis perkahwinan tersebut, ia bakal diadakan di dua lokasi buah majlis iaitu di Kuala Lumpur dan Bentong Pahang. Kesemuanya sudah 90 peratus siap.

Sementara itu, ditanya tentang penajaan terhadap majlis tersebut, Ezzaty berkata, dia lebih selesa majlis itu dibiayai menggunakan duit hasil titik peluhnya sendiri.

Bagaimanapun, dia tidak menolak beberapa pihak yang menghulurkan bantuan untuk membuat tajaan terhadap majlis berkenaan.

"Ada beberapa pihak yang tampil untuk menaja tapi saya beri syarat bahawa saya ingin membayarnya separuh.

"Bagi saya lebih elok jika majlis tersebut mengikut apa yang kita mahu bukan mengikut penaja," ujarnya.

Dalam pada itu, bercerita produk kerjasama dia dan Azwan, iaitu kosmetik Vermillion, Ezzaty berkata bisnes tersebut adalah untuk masa depan mereka.

Katanya, pendapatan kerjaya sebagai pelakon yang tidak ada jaminan membuatkan mereka mempunyai inisiatif untuk memulakan perniagaan dalam bidang kosmetik.

"Alhamdulillah, sejak mula dijual enam bulan lalu sambutan amat baik kerana produk ini memberi kesan serta merta pada kulit wajah selepas disembur.

"Saya ingin menceburi bidang ini kerana minat saya dalam perniagaan, selain itu saya mahu bisnes ini menjadi pendapatan masa depan kami," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Ezzaty Abdullah , Azwan Kombos

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan