Indah Ruhaila Selamatkan Kanak-Kanak Sesat Dapat Pujian

Diterbitkan: Isnin, 6 Jun 2016 1:27 PM

Indah menganggap tindakan itu sebagai tanggungjawab sosial.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Indah Ruhaila menyifatkan tindakannya menyelamatkan seorang kanak-kanak yang sesat di pusat beli-belah pada Sabtu lalu sebagai tanggungjawab sosial.

Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussin, 29, berkata, ia merupakan perkara biasa yang akan dilakukan oleh sesiapa sahaja ketika mengalami situasi sedemikian.

"Saya bersama keluarga pergi membeli belah di Johor Premium Outlet (JPO) Sabtu lalu, ketika itu pada kira-kira pukul 8 malam saya lihat ada seorang kanak-kanak lelaki lingkungan usia dua tahun berlari-lari seorang diri tanpa pengawasan.

"Saya tidak sedap hati dan mengekori kanak-kanak itu sehingga dia tidak tahu hendak ke mana dan seperti mencari seseorang. Saya mendekati kanak-kanak itu dan bertanya tentang ibu dan bapa, dia kelihatan ketakutan dan mencari-cari ibunya," ujar Indah kepada mStar Online.

Foto yang dimuat naik di laman sosial Facebook  oleh seorang peminatnya yang memuji tindakan Indah Ruhaila.

Indah berkata, dia kemudiannya membawa kanak-kanak itu ke balai polis yang terdapat di pusat beli belah berkenaan bagi membuat laporan dan menemaninya i lebih sejam setenggah di balai polis berkenaan sehingga dituntut oleh ibu bapanya.

"Saya minta untuk buat pengumuman tentang kehilangan kanak-kanak, namun pihak polis tidak benarkan kerana tidak mahu ada pihak tidak berkaitan datang menuntutnya.

"Jadi saya terpaksalah menunggu sehingga ibu-bapanya datang ke balai. Walaupun pihak polis memberi jaminan untuk menyerahkan budak itu dengan selamat, namun saya tetap tidak sedap hati kerana kasihan melihat kanak-kanak itu dalam ketakutan," ujarnya.

Indah turut memuat naik gambar kanak-kanak berkenaan.

Indah berkata, ibu kanak-kanak itu yang ditemui selepas lebih sejam berkali-kali mengucapkan terima kasih kepadanya dan mengakui tentang kecuaian mereka.

"Saya sebak melihat ibunya menangis-nangis di balai kerana menyangka mereka tidak dapat bertemu lagi dengan anaknya itu.

"Saya nasihatkan mereka agar lebih berhati-hati selepas ini kerana takut berlaku sesuatu yang tidak diingini, sekarang terlalu banyak jenayah yang melibatkan kanak-kanak" ujarnya.

Foto Indah membantu kanak-kanak itu turut dimuat naik oleh peminat di laman Instagram dan tindakannya itu dipuji oleh orang ramai.

Tags / Kata Kunci: Indah Ruhaila

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan