Hafidz Roshdi Teruja Sambut Ramadan Bersama Isteri

Diterbitkan: Isnin, 6 Jun 2016 6:20 AM

Hafidz teruja apabila kedatangan bulan Ramadan pada tahun ini dapat disambut bersama isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Hafidz Roshdi memberitahu teruja dan gembira apabila kedatangan bulan Ramadan pada tahun ini dapat disambut bersama isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Hafidz atau nama sebenarnya Mumammad Hafidz Roshdi, 22, berkata, kehadiran isteri membuatkan dia lebih bersemangat untuk menjalani ibadah puasa selain keperluannya lebih terjaga berbanding ketika dia masih bujang.

"Alhamdulillah tahun ini diberi nikmat menyambut Ramadan bersama isteri dan sudah tentu saya teruja kerana pengalaman itu pasti berbeza berbanding tahun sebelumnya.

"Paling saya nantikan saat kami bersahur dan berbuka bersama selain ke masjid untuk solat terawih," katanya kepada mStar Online.

Hafidz dan Nurul Shuhada berkahwin pada 30 April lalu di kediaman wanita tersebut di Perlis.

Hafidz dan Nurul Shuhada berkahwin pada 30 April lalu.

Dalam pada itu, Hafidz berkata, dia juga mengambil keputusan untuk berehat sepanjang bulan Ramadan daripada sebarang aktiviti lakonan dan menolak tawaran diberikan.

Katanya, selain ingin berehat dia juga mahu menghabiskan masa bersama isteri dan keluarga memandangkan sejak akhir-akhir ini jadualnya padat.

"Banyak aktiviti yang kami rancang sepanjang bulan puasa ini termasuk pulang ke kampung untuk bersama keluarga dan sebab itu saya pilih untuk berehat daripada lakonan.

"Alhamdulillah tawaran banyak saya terima tetapi saya terpaksa tolak secara baik," ujarnya.

Hafidz dipilih sebagai duta kempen Syukur Selalu.

Sementara itu, Hafidz berkata, dia tidak lagi mahu memikirkan tentang kontroversi melanda dirinya sebelum ini kerana menganggap ia perkara membuang masa.

Kata Hafidz, apa yang berlaku sebelum ini adalah pengalaman dan pengajaran buatnya agar lebih berhati-hati selain memfokuskan kepada kerjayanya sahaja.

"Biarlah apa orang hendak kata kerana pahala itu saya yang dapat bukan mereka. Cukup-cukuplah saya buang tenaga dan masa kerana perkara yang tidak mempunyai faedah.

"Manusia tidak akan berhenti daripada berkata-kata jadi biarkanlah mereka," katanya.

Tags / Kata Kunci: Hafidz Roshdi , Syukur Selalu

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan