Daler Yusof Ambil Masa 2 Tahun Kuasai Bahasa Melayu

Diterbitkan: Isnin, 6 Jun 2016 6:00 AM

Daler mengambil masa hampir dua tahun menguasai bahasa Melayu demi merialisasikan cita-citanya sebagai pelakon. Foto Ihsan Instagram @daleryusof

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon dan model yang berasal dari Uzbekistan, Daler Yusof memberitahu dia mengambil masa hampir dua tahun mempelajari bahasa Melayu semata-mata untuk menceburi bidang seni di negara ini.

Daler atau nama sebenarnya Daler Yusof Khamrokulov, 24, berkata, dia tidak mendapat tunjuk ajar daripada sesiapa sebaliknya menggunakan medium komunikasi dan banyak menonton program dalam bahasa tersebut sebagai latihan.

"Tiada siapa yang ajar saya bertutur dalam bahasa Melayu tetapi saya belajar atas usaha diri sendiri dengan cara berkomunikasi dan menonton program dan drama dalam bahasa tersebut.

"Kebetulan saya memang banyak rakan-rakan dikalangan orang Melayu dan saya minta mereka berkomunikasi dengan saya dalam bahasa itu kerana ia cara paling cepat untuk belajar.

"Saya ambil masa hampir dua tahun untuk benar-benar fasih kerana matlamat utama saya untuk menceburi bidang lakonan di Malaysia," katanya kepada mStar Online.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perniagaan di sebuah universiti swasta di Subang Jaya itu memulakan kariernya sebagai model sebelum berjinak-jinak dalam bidang lakonan.

Daler teruja dapat memegang peranan utama menerusi telefilem Lip Lap Raya. 

Daler pernah muncul menerusi filem usahasama Indonesia dan Malaysia berjudul Castil Tua dan drama bersiri Tuan Anas Mikael yang ditayangkan di Astro Ria.

Dalam pada itu, Daller berkata, dia memang meminati bidang lakonan sejak kecil namun ia ditentang keluarganya kerana kerjaya sebagai pelakon tidak dianggap sebagai satu pekerjaan di negara asalnya.

Atas dasar itu, Daler berkata, ketika dia menyambung pengajiannya di Kuala Lumpur dia berazam untuk mencapai cita-citanya sebagai seorang pelakon.

"Keluarga saya tidak galakkan saya bergelar pelakon kerana menganggap ia bukan satu kerja tetapi jauh disudut hati saya ia adalah impian sejak kecil.

"Alhamdulillah cita-cita saya itu tercapai dan keluarga juga tahu saya kini aktif sebagai pelakon dan model di Malaysia," jelasnya.

Sementara itu, Daler berkata, dia teruja apabila diberi kepercayaan memegang peranan utama menerusi telefilem Lip Lap Raya yang menggandingkannya bersama Sari Yanti untuk siaran HyppTV.

Katanya, dia menganggap peluang itu sebagai satu peningkatan dalam kariernya namun mengakui berasa gementar menantikan reaksi penonton.

"Ini kali pertama saya diberi kepercayaan memegang peranan utama dan saya sangat teruja dengan peluang diberikan.

"Jujurnya memang saya gemuruh tetapi Alhamdulillah pengarah dan barisan pelakon banyak membantu saya terutamanya dari segi sebutan bahasa Melayu yang betul agar tidak kelihatan janggal," katanya.

Tags / Kata Kunci: Daler Yusof , Lip Lap Raya

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan