Joe (Wings) Cari Protege Kumpulan Rock

Diterbitkan: Jumaat, 3 Jun 2016 5:30 AM

Giratis kumpulan Wings iaitu Joe bakal menganjurkan War of Band - Joe Wings Mencari Protege untuk mencari pelapis baharu penyanyi dan pemuzik rock. Foto M. AZHAR ARIF

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gitaris kumpulan Wings iaitu Joe sedang mencari pelapis penyanyi dan pemuzik rock generasi baharu menerusi penganjuran pertandingan War of Band-Joe Wings Mencari Protege.

Joe atau nama sebenarnya Abdul Zamin Abdul Kadir, 47, berkata, program itu diadakan selepas melihat banyak kumpulan indie berbakat besar tidak dapat diketengahkan kerana tidak mempunyai saluran yang betul.

"Banyak yang berbakat tetapi mereka tidak mempunyai platform untuk menunjukkan kebolehan mereka dan penganjuran program mencari bakat ini dapat memberi peluang kepada mereka.

"Saya bukan sahaja mahu mencari pelapis tetapi protege yang boleh saya didik dari segala aspek termasuk penghasilan lagu sebagai pakej lengkap untuk memeriahkan industri muzik tempatan," katanya kepada mStar Online.

Joe berkata demikian ketika sidang media War of Band - Joe Wings Mencari Protege di Teh Tarik Setapak Central di sini, Khamis.

Saringan bagi mencari 12 peserta akhir akan diadakan di tiga lokasi iaitu Johor Baru pada 31 Ogos, MAEPS Serdang (16 September) dan Ipoh (1 Oktober).

Aweera (kanan) turut memberi sokongan terhadap Joe.

Manakala peringkat akhir akan diadakan di MAEPS Serdang pada 16 Oktober depan.

Dalam pada itu, Joe berkata, pada setiap lokasi saringan pihaknya hanya akan memilih empat kumpulan untuk ke peringkat akhir dan menjangkakan persaingan akan sengit.

Kata Joe, sebagai juri dia mencari sebuah kumpulan yang bukan sahaja berbakat besar tetapi mampu memberikan kelainan memandangkan mereka perlu menyampaikan sebuah lagu baharu ciptaan sendiri pada peringkat akhir nanti.

"Kami perlu teliti dalam memilih calon peringkat akhir kerana ingin memastikan kemunculan mereka dalam industri mampu memberi impak dan berkekalan untuk waktu yang panjang.

"Ia tidak akan jadi mudah namun kami yakin peserta yang hadir untuk saringan nanti memiliki kriteria yang kami kehendaki," jelasnya.

Menariknya pada peringkat akhir nanti, Joe berkata, kesemua finalis bakal merasai pengalaman bermain di atas pentas bersaiz besar selain dilengkapi dengan sistem bunyi bertaraf antarabangsa.

"Pertandingan ini bukan sahaja mencari pelapis baharu tetapi turut memberi pengalaman sebenar kepada mereka seperti sedang mengadakan sebuah konsert sebenar.

"Ia sekali gus dapat membeti motivasi kepada para peserta bertanding dalam memberikan persembahan setaraf dengan kemudahan disediakan.

"Juara bukan sahaja akan memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 malah kesemua 12 peserta terlibat berpeluang merakamkan sebuah lagu dalam satu album kompilasi yang dikawal selia sendiri oleh saya," katanya.

Selain Joe, dua lagi juri peofesional pada peringkat akhir nanti adalah Hillary Ang dan Yazit (Search).

Dalam perkembangan sama, Joe berkata, yuran penyertaan untuk setiap kumpulan adalah RM300 dan had penyertaan daripada 15 hingga 35 tahun sahaja.

"Peserta turut menerima lima helai baju T manakala RM30 daripada yuran penyertaan itu akan didermakan kepada tabung kebajikan Yazit," katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai War of Bands - Joe Wings Mencari Protege boleh melayari www.tioevent.com/jwwob atau Facebook Joe Wings Protege.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan