Ibu Merungut Jarang Jumpa Janna Nick Walaupun Serumah

Diterbitkan: Khamis, 2 Jun 2016 6:00 AM

Janna Nick mengakui jarang dapat meluangkan masa bersama keluarga kerana kesibukannya dilokasi penggambaran.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Janna Nick memberitahu, kekurangan masa bersama keluarga menyebabkan ibunya mula merungut apabila mereka jarang berjumpa biarpun tinggal serumah.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 21, berkata, situasi itu berlaku kerana jadual seninya semakin padat yang menuntut masanya banyak dihabiskan di lokasi penggambaran.

"Ibu ada merungut kerana saya sering tiada masa sehingga bersama kami kadang-kadang tidak bertembung sesama sendiri walaupun duduk serumah.

"Dia juga ada mesej saya memberitahu dia berasa bosan dan sunyi tetapi kesibukan di lokasi penggambaran membuatkan saya jarang dapat habiskan masa bersamanya.

Janna mahu menghabiskan masa bersama keluarga bersempena Ramadan.

"Tetapi saya tahu dia faham dan bangga dengan pencapaian saya," katanya kepada mStar Online.

Ditanya tentang reaksi ibunya berhubung kontroversi yang melandanya sejak akhir-akhir ini, Janna berkata, ibunya tidak pernah bertanya tentang perkara itu.

Bagaimanapun kata Janna, dia faham naluri sensitif seorang ibu yang bimbangkan tentang dirinya meskipun tidak mengutarakan pertanyaan secara langsung.

"Satu perkara tentang ibu saya, dia sering meletakkan kepercayaan penuh terhadap semua tindak tanduk anak-anaknya dan tidak mengongkong kami.

"Apabila nama saya terpalit dengan kontroversi, ibu tidak bertanya kerana dia tahu siapa diri anaknya dan ia sudah memadai.

"Tetapi itu bukan bererti saya boleh sewenang-wenangnya melanggar batasan berkenaan dan kepercayaan itu sentiasa menjadi pegangan saya," jelasnya.

Dalam pada itu, Janna berkata, kedatangan bulan Ramadan ini dia mengehadkan aktiviti seninya kerana ingin menghabiskan masa bersama lebih kerap dengan keluarga.

Duta Syukur Selalu; Amar Asyraf (dari kiri), Fattah Amin, Hafidz Roshdi, Raja Afiq, Fasha Sandha, Janna Nick dan Uqasha Senrose.

"Bulan Ramadan ini saya akan gunakan masa sebaik-baiknya untuk bersama keluarga selain mengambil kesempatan tersebut untuk melakukan ibadah terawih bersama mereka.

"Tahun ini jadual saya padat dengan pelbagai aktiviti seni dan kedatangan bulan puasa ini biarlah saya berehat sekejap untuk bersama keluarga," katanya.

Pun begitu jelas Janna, dia masih terlibat dalam beberapa projek termasuk sebagai duta kempen Syukur Selalu dan hanya mengambil lakonan telefilem.

"Insya-Allah saya akan terlibat dengan aktiviti promosi Syukur Selalu di beberapa buah lokasi selain bakal muncul dalam beberapa telefilem termasuk Aku Kau Kita Raya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan