Ibu Hazama Puji Bakal Menantu Berbudi Bahasa

Diterbitkan: Rabu, 1 Jun 2016 12:20 PM

Hazama Azmi

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ibu kepada Hazama Azmi iaitu Hasmah Zahari, merestui hubungan cinta antara anaknya dengan pemuzik Genervie Kam selepas penyanyi itu mendedahkan bakal bernikah selepas Hari Raya Aidilfitri depan.

Hasmah, 59, berkata, pihaknya merestui hubungan pasangan berkenaan dan menerima baik kehadiran  Genervie untuk menjadi sebahagain daripada ahli keluarga mereka.

"Makcik restu hubungan Hazama dengan Genervie. Alhamdulillah, dia (Genervie) seorang yang berbudi bahasa dan ramah orangnya.

"Makcik tidak halang untuk Hazama dan Gevervie kahwin," katanya kepada mStar Online.

Hasmah Zahari.

Terdahulu Hazama, 32, dilaporkan telah membuka mulut untuk menikahi Genervie Kam, 36, selepas Syawal nanti dalam satu majlis tertutup yang bakal dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja.

Langkah mengadakan majlis secara tertutup itu kerana tidak mahu memberi tekanan kepada Genervie yang dijangka memeluk Islam pada Ramadan nanti.

Bagaimanapun Hazama yang hampir tiga tahun bercinta dengan wanita berkenaan belum menetapkan tarikh untuk mereka diijabkabulkan.

Dalam pada itu ditanya mengenai keistimewaan Genervie pada pandangan mata seorang ibu, Hasmah berkata, dia tertarik dengan sikap wanita berkenaan yang ‘lebih Melayu’ berbanding orang Melayu sendiri.

Kata Hasmah, Genervie pandai memasak dan antara makanan kegemarannya ialah ikan patin dan juga masakan tempoyak.

"Dia macam orang Melayu. Kadang-kadang lebih Melayu berbanding orang Melayu sendiri. Bayangkanlah… tempoyak pun dia suka makan dan juga ikan patin.

"Ada sesetengah orang Melayu pun tak suka tempoyak," katanya memuji bakal menantunya itu.

Hazama dan kekasihnya Genervie. Foto ihsan Instagram Hazama.

Jelas Hasmah, dia sudah beberapa kali bertemu dengan Genervie dan tidak kekok untuk mereka berbual bersama-sama.

Ujar Hasmah, sebagai seorang ibu dia mengharapakan hubungan anaknya dan Genervie akan berakhir sebagai suami-isteri dan sentaisa mendoakan kebaikan mereka berdua.

"Makcik serahkan segala-galanya kepada Hazama untuk buat pilihan mengenai calon isteri dia. Sebagai orang tua, makcik doakan yang terbaik buat mereka," katanya.

Tags / Kata Kunci: Hazama

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan