Kontroversi Tidak Jejaskan Kerjaya Ruhainies

Diterbitkan: Selasa, 31 Mei 2016 1:12 PM

Ruhainies menjelaskan kariernya tidak terjejas ekoran kontroversi yang melandanya baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Ruhainies menjelaskan karier seninya tidak terjejas ekoran kontroversi yang melandanya baru-baru ini.

Ruhainies atau nama sebenarnya Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 24, berkata, sepanjang isu melibatkan dia dengan aktres Janna Nick panas diperkatakan dia masih melakukan kerjanya seperti biasa selain tidak menerima tekanan daripada penerbit atau pengarah.

"Alhamdulillah karier berjalan seperti biasa dan tidak tekanan daripada mana-mana pihak mungkin kerana kontroversi adalah perkara biasa dalam kehidupan seorang selebriti.

"Malah saya sendiri tidak membawa masalah ke tempat kerja kerana ingin bersikap profesional," katanya kepada mStar Online.

Ruhainies tidak mahu dikenali kerana artis kontroversi.

Ruhainies berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran salon Amyssrite Hairdressing Ampang dekat sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ruhainies berkata, dia berharap kontroversi berkenaan adalah yang pertama dan terakhir melibatkannya kerana dia tidak mahu dikenali disebabkan cerita-cerita kurang enak sebaliknya dia mahu dikenali kerana pencapaiannya dalam bidang seni.

"Jujurnya saya sendiri tidak pernah menyangka nama saya akan terpalit dengan cerita-cerita kurang enak tetapi perkara itu sudah pun berlaku.

"Tetapi ia pengajaran baik untuk saya dan berharap selepas ini dikenali kerana kejayaan sebagai pelakon seperti memenangi anugerah dan sebagainya," katanya.

Sementara itu, Ruhainies berkata, dia tidak mahu lagi mengungkit pergeserannya dengan Janna kerana isu berkenaan sudah pun selesai.

Malah tegasnya, mereka tidak pernah bergaduh dan kontroversi berkenaan berlaku kerana salah faham dan perasaan terasa hati.

"Apa yang boleh saya katakan semuanya sudah selesai dan tiada apa lagi yang boleh saya komen kerana tidak mahu sebarang salah faham timbul.

"Saya tidak mahu ungkit lagi perkara itu dan saya sedia untuk bekerjasama dengannya dalam mana-mana projek drama pada masa hadapan," ujarnya.

Janna Nick.

Dalam perkembangan lain, Ruhainies berkata, dia teruja untuk menyambut Ramadan pada tahun ini kerana dapat merasai pengalaman berpuasa sebagai selebriti.

Jelasnya, meskipun jadualnya padat dengan aktiviti seni namun dia akan cuba mencari ruang untuk melakukan ibadah seperti mana tahun-tahun sebelumnya.

"Bulan Ramadan adalah yang paling dinanti-nanti kerana ini adalah peluang kita sebagai umat Islam untuk membuat ibadah dan beramal.

"Walaupun sibuk Alhamdulillah ada beberapa projek memberi peluang kepada saya untuk beribadah dan beramal bersama golongan kurang bernasib baik dan gelandangan pada bulan puasa nanti," jelasnya.

Pelakon itu juga bakal muncul dalam beberapa drama bersiri iaitu Menantu Ting Tong menerusi slot Dahlia di TV3 selain telefilem berjudul Pujaan Malaya.

Tags / Kata Kunci: Ruhainies , Janna Nick

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan