Khai Bahar Tidak Bimbang Gagal Bertahan Lama

Diterbitkan: Selasa, 31 Mei 2016 6:00 AM

Khai Bahar bakal melancarkan single terbaharunya selepas sambutan Aidilfitri pada Julai depan. Foto YAP CHEE HONG

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Khai Bahar menyedari populariti yang diterimanya ketika ini iaitu disebabkan faktor viral di laman sosial adalah sesuatu perkara yang tidak akan bertahan lama.

Khai atau nama sebenarnya Muhamad Khairul Baharudin, 22, berkata, dia tidak takut, malah percaya bahawa perkara tersebut merupakan rezeki yang sudah ditentukan oleh Allah.

"Ramai yang mengingatkan saya bahawa populariti yang saya dapat ini hanya mampu bertahan sebentar sahaja, namun saya tidak bimbang tentang itu.

"Saya berada di sini pun disebabkan oleh rezeki yang Allah berikan untuk saya. Mungkin lepas ini giliran orang lain pula," ujarnya kepada mStar Online.

Khai percaya rezekinya telah ditentukan oleh Allah.
Khai ditemui pada sesi fotografi bersama mStar Online yang diadakan di Menara Star, di sini, Selasa.

Penyanyi ini tiba-tiba mencetuskan fenomena di laman sosial apabila klip videonya berduet dengan penyanyi Siti Nordiana dengan lagu Memori Berkasih menerusi aplikasi Smule menjadi viral di laman sosial.

Lagu berkenaan yang turut dimuatkan di YouTube turut mencecah lebih 1 juta tontonan.

Dalam pada itu Khai Bahar berkata, peluang yang diterima pada hari ini disebabkan populariti berkenaan adalah satu platform yang berjaya membuka jalan kepadanya menceburi industri seni.

"Syarikat rakaman saya sudah menyediakan perancangan iaitu menghasilkan sebuah single yang bakal dilancarkan selepas Aidilfitri nanti.

"Lagu ciptaan gitaris kumpulan Khalifah itu sudah siap dirakam, namun belum mempunyai tajuk sesuai lagi.

Buat masa ini segala keputusan tentang lagu dan hala tuju saya dibuat sepenuhnya oleh NAR Records," ujarnya.

Nama Khai menjadi sebutan apabila video duetnya bersama Siti Nordiana menjadi viral.

Sementara itu, ditanya tentang kehidupannya dalam sebulan menjadi artis, Khai berkata, dia agak penat, namun seronok melakukan perkara-perkara baru dalam hidupnya.

Jelasnya, dia juga reda dan menganggap sebagai sebuah bayaran sebagai artis apabila kehidupan peribadi mendapat perhatian dan sering dikritik terutama pengguna laman sosial.

"Sebulan ini jadual saya agak penuh dengan undangan nyanyian, fotografi dan program televisyen. Saya seronok dan tidak rasa menyesal memilih jalan ini.

"Selain itu, sekarang dapat juga beri keluarga duit belanja. Tentang kritikan itu perkara biasa hingga sekarang ramai sahaja yang tidak suka saya nyanyikan lagu penyanyi lain.

"Mereka menganggap saya hanya menumpang populariti daripada lagu-lagu yang saya nyanyikan. Saya terima sahaja pendapat sama ada positif atau negatif," ujarnya. 

Tags / Kata Kunci: Khai Bahar

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan