Ana Dahlia Bataskan Hubungan Dengan Lelaki Kerana Enggan Kecewa

Diterbitkan: Isnin, 30 Mei 2016 5:00 AM

Ana Dahlia tidak mahu dikecewakan lelaki.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Ana Dahlia memberitahu belum terbuka hati untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki selepas kegagalan dalam rumah tangga enam tahun lalu. 

Ana atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, 33, berkata, dia lebih berhati-hati dalam menerima salam persahabatan terutama daripada lelaki yang ingin mengenalinya dengan lebih rapat. 

"Saya masih solo dan setakat ini belum lagi ada perancangan atau calon yang sesuai untuk dijadikan suami. 

"Setelah kegagalan hubungan lalu saya akui agak berhati-hati dan meletakkan limit dalam hubungan, jika saya mengenali lelaki itu ketika urusan pekerjaan, maka saya pastikan hanya berurusan dengannya ketika bekerja sahaja," ujarnya kepada mStar Online.

Ana berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkembangan kerjaya dan peribadinya yang agak lama menyepi.

Ana pernah berkahwin dengan Chef Riz yang juga anak kepada tukang masak terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan pada 11 Disember 2011 sebelum bercerai hanya selepas 11 bulan berkahwin.

Tambah Ana, langkah tersebut adalah bagi mengelakkan rasa kecewa apabila hubungan yang dibina itu tidak kesampaian.

"Saya tidak berusaha ke arah itu kerana saya tidak mahu berasa kecewa sekali lagi atau saya mengecewakan hati orang lain pula.

"Lagi pula soal jodoh ini biar Allah sahaja yang menentukannya saya hanya berserah," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang perkembangan kerjaya, Ana berkata dia kini sedang menjalani penggambaran drama Tribute P Ramlee bersama Suhan Movie di Melaka.

Kata Ana, dia bersyukur perjalanan kerjaya lakonan masih sama seperti dahulu biarpun sudah bertudung.

"Alhamdulillah selepas setahun berhijap saya masih berdiri sebagai pelakon dan menerima tawaran seperti dahulu.

"Orang kurang nampak saya mungkin kerana saya jarang muncul di majlis-majlis hiburan atau terlalu menonjol kerana sekarang ramai pelakon-pelakon baru," ujarnya. 


Tags / Kata Kunci: Ana Dahlia

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan