Cita Citata Rakam Lagu Dangdut Di Amerika Syarikat

Diterbitkan: Ahad, 29 Mei 2016 5:40 AM

Cita Citata. Foto: RAYMOND OOI/ The Star

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Penyanyi Cita Citata bakal bekerjasama dengan beberapa komposer terkenal Amerika Syarikat bagi merakamkan lima buah lagu terbaharunya pada Ogos depan.

Cita atau nama sebenarnya Cita Rahayu, 22, berkata, dia menganggap peluang diberikan oleh pihak Yonder Music itu adalah satu pencapaian besar dalam kariernya untuk mengangkat muzik dangdut ke pasaran global.

"Alhamdulillah saya pada awalnya rasa seperti tidak percaya dengan peluang diberikan oleh pihak Yonder Music dan saya bakal menjadi artis dangdut pertama yang akan merakamkan lagu dangdut di Amerika Syarikat.

"Saya masih menanti lagu-lagu yang bakal dirakamkan dan pada masa yang sama berasa gementar kerana ini peluang saya untuk cuba menembusi pasaran global," katanya kepada mStar Online.

Cita berkata demikian ketika ditemui pada sidang media siri konsert jelajahnya yang dibawa oleh Yonder Music dan Xpax di sini, Sabtu.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Sakitnya Tuh Di sini itu bakal mengadakan konsert penutup di Johor Baru pada Ahad (hari ini) di Plaza Angsana.

Cita terdahulu mengadakan konsert di Ipoh, Perak dan Petaling Jaya.

Dalam pada itu, Cita berkata, walaupun dia bakal merakamkan lagu ciptaan komposer antarabangsa namun dia akan memastikan lagu-lagu itu nanti masih mengekalkan elemen dangdut.

Malah katanya, ketika di Amerika nanti dia akan mengadakan aktiviti promosi dan merakamkan muzik video bagi lagu terbaharunya.

"Apa yang saya diberitahu lagu-lagu yang bakal dirakamkan nanti masih irama dangdut tetapi mungkin ada penambahan elemen hip hop atau pun pop untuk memberi citarasa antarabangsa.

"Bagaimanapun saya ingin mengekalkan identiti saya sebagai penyanyi dangdut dan membawa muzik nusantara ini dikenali di seluruh dunia," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Cita Citata , Dangdut

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan