DJ Lin Bakal Keluarkan Produk Jenama Sendiri

Diterbitkan: Sabtu, 28 Mei 2016 5:45 AM

DJ Lin semakin popular dengan segmen Suria Cinta kendaliannya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM, DJ Lin tidak mahu melepaskan peluang ketika namanya semakin mendapat perhatian untuk melibatkan diri secara serius dalam lapangan perniagaan selepas ini.

Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, 40, berkata, biarpun kerjaya seninya semakin berkembang selepas memenangi Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29 (ABPBH29), dia tetap merancang untuk mengeluarkan produk sendiri seperti pakaian dan wangian.

"Sebetulnya saya sudah terlibat dalam perniagaan secara tidak langsung kira-kira dua tahun lalu berikutan sering diberi peluang untuk menyertai karnival jualan di seluruh Malaysia.

"Perasaan untuk lebih serius berniaga timbul setelah melihat jumlah pengikut saya semakin meningkat di Instagram,” ujarnya kepada mStar Online.

DJ Lin diraikan oleh peminat sempena kemenangannya sebagai Penyampai Radio Popular, ABPBH29 lalu.
Tambahnya, keputusan untuk mengeluarkan jenama pakaian dan wangian itu  didorong oleh minatnya  dalam bidang fesyen dan kecantikan, selain segmen 'Suria Cinta' kendaliannya cukup sinonim untuk dikaitkan dengan produk wangian.

Dalam perkembangan kerjaya seni pula kata DJ Lin, tahun 2016 sekali lagi menjadi tahun rezeki buatnya setelah 10 tahun mengendalikan program 'Suria Cinta'.

"Alhamdulillah, selain dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengurus Program Suria FM pada tahun ini, saya turut diumumkan sebagai Penyampai Radio Popular ABPBH29 sekali gus telah membuka pintu rezeki apabila diberikan pelbagai tawaran untuk pengacaraan majlis,” katanya.

Ujar Lin, bermula Ramadan sehinggalah menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti, jadual seninya begitu padat kerana dia menerima undangan mengacara majlis untuk program berbuka puasa.

DJ Lin
Selain itu, dia turut dilantik sebagai Rakan Selebriti CUCKOO (produk minuman kesihatan) di mana  bersempena kemenangannya di ABPBH29 baru-baru ini, pengeluar produk itu  telah menganjurkan sebuah majlis minum petang bersama 50 peminat bertuah.

Ditanya perancangan terdekat, dia berhasrat untuk mengadakan jamuan sebagai tanda terima kasihnya kepada peminat di mana dia sendiri akan memasak beberapa juadah istiemewa orang Johor seperti soto, sambal tumis telur dan sotong kering, laksa johor, nasi minyak dan ayam masak merah.

Perkembangan lanjut mengenai majlis itu akan dikongsikan di akaun Twitter, Instagram dan juga fan page Facebook miliknya.
Tags / Kata Kunci: DJ Lin

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan