Jun Juara Ceria Popstar 2016, Bawa Pulang Hadiah RM23,000

Diterbitkan: Jumaat, 27 Mei 2016 11:25 PM

Jun muncul juara program Ceria Popstar 2016. -AZLINA ABDULLAH/ The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peserta dari Sabah iaitu Siti Junaidah Bekri muncul sebagai juara program Ceria Popstar 2016 yang diadakan di Studio Kompleks Studio Merdeka, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini, Jumaat.

Dengan kemenangan itu Siti Junaidah atau Jun menerima hadiah wang kemenangan sebanyak RM20,000 berserta trofi.

Jun turut menerima Anugerah Bintang Genius tajaan Qu Puteh IQ Genius dan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 dan trofi.

Empat peserta akhir Ceria Popstar memberikan persaingan sengit.

Pada malam kemuncak itu, Jun menyampaikan dua buah lagu iaitu Sesal Separuh Nyawa dan Bahtera Merdeka pada pusingan battle.

Tempat kedua pula milik Muhammad Shahrezza Abu Samah atau Rezza dari Sarawak yang menyampaikan lagu Dealova dan Mewangi.

Rezza membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM15,000 berserta trofi.

Tempat ketiga dan keempat pula milik  Muhammad Aniq Iffat Ruzaimi dan Hazmil Hassan.

Masing-masing menerima hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 dan RM5,000 berserta trofi.

Kesemua hadiah adalah sumbangan Astro.

Pada peringkat akhir itu, kesemua peserta perlu menyampaikan dua buah yang turut menyaksikan mereka membuat persembahan pada pusingan battle bagi menentukan juara.

Jun bersama mentornya, penyanyi Black bersama barisan juri profesional ketika menerima hadiah kemenangan.

Lagu pada pusingan penentuan itu dipilih oleh barisan juri.

Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan Awie bertindak selaku juri tetap manakala Zizan Razak sebagai juri jemputan.

Pemarkahan pusingan pertama menggunakan format penjurian profesional sebanyak 50 peratus manakala selebihnya adalah undian peminat.

Manakala menerusi pusingan battle adalah menerusi penjurian sepenuhnya oleh juri profesional.

Konsert kemuncak Ceria Popstar 2016 turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada kumpulan Wings, Hazama dan Hafiz Suip.

Siaran langsung itu turut disiarkan menerusi Astro Ceria (611), Astro Maya HD (135) dan Astro Prima (105) pada pukul 9 malam.

Ia dihoskan oleh Nabil Ahmad manakala Datuk Aznil Nawawi bertindak sebagai penaung program itu.
Tags / Kata Kunci: Ceria Popstar 2016

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan